Cuba kelainan! Menteri Ekonomi tak tunggu ‘wishlist’, panggil KP AKPS bincang belanjawan

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 10:01 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengambil pendekatan berbeza dalam mendapatkan input bagi penyediaan Belanjawan kali ini apabila menjemput sendiri Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), YDH CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain ke Kementerian Ekonomi.

Cari kelainan dengan jemput terus ke kementerian

Menerusi hantaran di media sosial, Akmal menyatakan langkah itu diambil bagi mendapatkan gambaran secara terus mengenai keperluan pembangunan serta cabaran yang dihadapi AKPS dalam memastikan operasi di lapangan dapat diperkukuh.

“Saya cuba buat sedikit kelainan,” ujarnya.

Mahu dengar sendiri keperluan agensi

Beliau berkata, berbanding hanya menerima senarai permintaan dan wishlist untuk dipertimbangkan, beliau mahu mendengar sendiri keperluan agensi terbabit bagi Belanjawan kali ini.

“Berbanding sekadar dapatkan senarai wishlist dan sampai di atas meja saya di Kementerian Ekonomi, kali ini saya jemput sendiri Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan,” katanya.

Akmal turut menyatakan bahawa beliau mengambil perhatian terhadap reaksi positif orang ramai di media sosial terhadap beberapa kejayaan AKPS, termasuk usaha mencegah kemasukan kontena haram di Pelabuhan Klang.

Dalam masa sama, beliau menyedari AKPS yang masih baharu sebagai sebuah agensi turut berdepan pelbagai cabaran ketika menjalankan operasi.

“Jadi wajar untuk saya faham sendiri cabaran yang dihadapi oleh AKPS serta bagaimana untuk memantapkan lagi gerak kerja dan operasi di lapangan,” katanya.

Mahu dapat maklum balas terus

Menurutnya, pendekatan mendapatkan maklum balas secara terus daripada agensi berkaitan akan diteruskan bagi memastikan keperluan sebenar di lapangan dapat difahami dengan lebih baik.

“Insya Allah selepas ini siapa lagi yang sepatutnya saya jumpa untuk dapatkan feedback secara terus ?” tanya Akmal diakhir perkongsian.

Image from: Cuba kelainan! Menteri Ekonomi tak tunggu ‘wishlist’, panggil KP AKPS bincang belanjawan

Sumber: Facebook Akmal Nasir

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved