Cuba Larikan Diri Daripada Polis, Pemuda Maut Terjatuh Dari Tingkat 11 

27 Aug 2026 • 8:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Cuba Larikan Diri Daripada Polis, Pemuda Maut Terjatuh Dari Tingkat 11 

KUALA LUMPUR - Seorang pemuda berusia 24 tahun maut selepas terjatuh dari sebuah kediaman di tingkat 11 di Jalan Lembah Pantai di sini, dipercayai ketika cuba melarikan diri daripada polis.

Difahamkan, kedatangan polis adalah bagi menyiasat laporan mengenai tingkah lakunya yang agresif di rumah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Polis Hoo Chang Hook berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada ibu lelaki berkenaan pada jam 10.57 malam tadi yang meminta bantuan.

Menurutnya, sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan bahawa lelaki itu bertindak agresif di dalam kediaman.

Bagaimanapun, sebaik polis tiba, lelaki berkenaan dilaporkan melarikan diri ke arah bahagian tepi bangunan dalam cubaan untuk turun dari tingkat 11 ke tingkat 10.

"Lelaki itu melompat ke tingkat 10 sebelum terjatuh hingga ke aras bawah bangunan. Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoo berkata kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Semakan lanjut polis mendapati lelaki terbabit mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan berkaitan dadah. - Getaran, 27 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved