Cubaan Pecah Rumah Tak Jadi, Pencuri Rembat Kasut Sempat Dirakam CCTV Pemilik Di Sabah

4 Oct 2022 • 5:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tak dapat pecah masuk rumah, diorang rembat kasut pulak

Cubaan Pecah Rumah Tak Jadi, Pencuri Rembat Kasut Sempat Dirakam CCTV Pemilik Di Sabah. Kes jenayah seperti pecah rumah ini sememangnya perkara yang ditakuti, lebih-lebih lagi jika kita terpaksa biarkan rumah kita kosong buat sementara waktu.

Akibat terdesak untuk mendapatkan wang hingga barang seperti selipar dan kasut juga ada yang sanggup curi secara terang-terangan pada siang hari.

image is not available
Sumber: Tiktok @gupaku2

Nasib sempat dirakam CCTV

Sekarang pula, dah ramai yang memasang peranti kamera litar tertutup (CCTV) di rumah sebagai langkah berhati-hati sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tak diingini sepanjang ketiadaan mereka.

Terbaharu telah tular satu rakaman video di laman Tiktok, di mana sekumpulan pencuri ini mencuba untuk memecah masuk di kawasan perumahan Kota Kinabalu, Sabah.

Lihat video penuh di bawah:

image is not available
Cubaan Pecah Rumah Tak Jadi, Pencuri Rembat Kasut Sempat Dirakam CCTV Pemilik Di Sabah. Sumber: Tiktok @gupaku2

Kejadian berlaku di Taman Malawa Jaya Mengatal, Kota Kinabalu

Aksi 3 pencuri tersebut sempat dirakam CCTV milik tuan rumah di Taman Malawa Jaya Mengatal. Menerusi video tersebut, dilihat seorang daripada pencuri tersebut masuk ke kawasan rumah dan terus ke tempat letak kasut pemilik rumah.

Lelaki tersebut terus merembat kasut pemilik rumah dan mencuba beberapa kasut manakala kawannya pula bertindak untuk memulakan operasi memecah masuk rumah dengan menanggalkan tingkap sliding dan turut dibantu oleh kawannya seorang lagi.

Berjaya menanggalkan tingkap sliding tersebut, namun grill tingkap pula menjadi halangan untuk pencuri tersebut melakukan niat jahatnya. Putus asa untuk menanggalkan gril tersebut, ketiga-tiga pencuri tersebut lalu meninggalkan rumah mangsa akan tetapi, sempat merembat beberapa kasut milik mangsa.

image is not available
Sumber: Tiktok @gupaku2

Ketahui artikel terkini, Baca pautan di bawah: