Cubaan seludup 32 warga Indonesia tumpas, tiga lelaki tempatan ditahan

10 Aug 2026 • 5:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cubaan seludup 32 warga Indonesia tumpas, tiga lelaki tempatan ditahan
Seramai 35 individu ditahan terdiri daripada 20 lelaki dan 12 wanita warga Indonesia serta tiga lelaki warga tempatan.
Image from: Cubaan seludup 32 warga Indonesia tumpas, tiga lelaki tempatan ditahan
Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan dan siasatan lanjut.

MANJUNG – Cubaan sindiket menyeludup masuk 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berjaya ditumpaskan dalam operasi bersepadu di persisiran pantai Teluk Senangin, Segari di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9.30 pagi itu, seramai 35 individu ditahan terdiri daripada 20 lelaki dan 12 wanita warga Indonesia serta tiga lelaki warga tempatan.

Menurutnya, operasi bersepadu itu dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dengan bantuan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

**media[3611063]**

Hasbullah berkata, kesemua tangkapan dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Beliau turut meminta orang awam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan PATI kepada pihak polis bagi membantu tindakan penguatkuasaan.

“Orang awam boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau talian hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan berkenaan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved