Op Bersepadu Khazanah rekod 1,284 tangkapan, sitaan RM426.9 juta

LocalEnvironment
10 Aug 2026 • 12:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Op Bersepadu Khazanah rekod 1,284 tangkapan, sitaan RM426.9 juta

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,284 individu ditahan menerusi 96 operasi dalam pelaksanaan Op Bersepadu Khazanah (OBK) di seluruh negara sejak 2019 sehingga 31 Julai lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 961 individu yang ditahan adalah warga tempatan.

Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Operasi (Bahagian Penguatkuasaan) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Mohammad Khairi Ahmad berkata, sebanyak 903 kes tangkapan direkodkan sepanjang tempoh berkenaan dengan nilai keseluruhan sitaan mencecah RM426.90 juta.

“Operasi turut berjaya mengesan sebanyak 2,869 jerat yang dipercayai dipasang bagi tujuan pemburuan hidupan liar,” katanya semasa sesi perkongsian kes pada Sambutan Hari Renjer Sedunia 2026 Peringkat Negeri Terengganu yang perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman di sini.

Mohammad Khairi berkata, operasi berkenaan turut merekodkan 933 kesan khemah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pencerobohan atau pemburuan haram.

Katanya, sebanyak 3,492 kesan pemburuan dan 2,741 kesan pencerobohan turut dikesan sepanjang tempoh operasi berkenaan.

“Selain itu, sebanyak 212 kes tebangan atau kerosakan pokok hutan turut direkodkan,” katanya. – UTUSAN

The post Op Bersepadu Khazanah rekod 1,284 tangkapan, sitaan RM426.9 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved