'Yang penting kahwin!' – Syed Saddiq beri autonomi penuh pada Bella Astillah, puji kecekapan bakal isteri urus majlis perkahwinan

LocalEntertainment
19 Aug 2026 • 9:42 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Yang penting kahwin!' – Syed Saddiq beri autonomi penuh pada Bella Astillah, puji kecekapan bakal isteri urus majlis perkahwinan

IMPIAN yang ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan!

Berita gembira mengenai tarikh pernikahan antara penyanyi popular, Bella Astillah dan Ahli Parmalan Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ternyata menghangatkan industri hiburan tempatan.

Rata-rata peminat dan rakan artis tidak putus-putus menitipkan doa agar segala urusan pasangan sama cantik sama padan ini dipermudahkan sehingga ke jenjang pelamin.

Pasangan itu bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan dalam satu majlis serba indah yang dirancang berlangsung di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.

Menerusi satu temu bual bersama Gempak, Bella berkongsi sebab utama mereka memilih untuk membuat pengumuman perkahwinan secara terbuka. Jelasnya, keputusan tersebut diambil kerana mahu berkongsi saat bahagia bersama penyokong setia, selain memenuhi komitmen bersama pihak Astro.

"Mungkin ada segelintir yang akan mempersoalkan kenapa perlu sampai ada pengumuman dan sebagainya. Sebenarnya, pertama sekali Bella hargai sahabat-sahabat iaitu peminat Bella dan YB yang sentiasa ada. Kebahagiaan Bella hari ini pun bukannya untuk seorang.

“Bella nak kongsikan dengan semua yang sentiasa doakan Bella daripada dulu hingga sekarang. Jadi, ini kebahagiaan bersama. Untuk yang bertanyakan tentang perkongsian ini, sebenarnya sedikit sebanyak adalah sebahagian daripada tugas kami.

“Ini merupakan aksesibiliti daripada Astro untuk perkahwinan ini, jadi ia satu tanggungjawab kami juga dalam menjayakan proses bersama," ujar penyanyi kelahiran Sabah itu.

Menyokong kenyataan suri hatinya, Syed Saddiq menyifatkan kebahagiaan memang sepatutnya dikongsi bersama ramai, malah itu juga adalah permintaan daripada bakal isterinya sendiri.

Pada masa sama, beliau mengakui berasa lega selepas mengumumkan tarikh penting tersebut menerusi program MeleTOP.

Jelasnya, perancangan perkahwinan mereka sebenarnya bukan rahsia besar kerana sudah diketahui keluarga serta sahabat terdekat.

"Sejujurnya saya tak rasa ia satu rahsia sangat kerana perancangan ini memang kami lakukan bersama keluarga dan kawan-kawan terdekat. Cuma bila berita sebegini dah diluahkan, lebih mudah untuk kami kongsikan dengan sahabat-sahabat yang mungkin tak berkesempatan untuk jumpa.

“Jadi saya rasa lega dan memang tak sabar menantikan tarikh pernikahan kami berdua," ulasnya lagi.

Image from: 'Yang penting kahwin!' – Syed Saddiq beri autonomi penuh pada Bella Astillah, puji kecekapan bakal isteri urus majlis perkahwinan

Isteri impian

Menyentuh mengenai pemilihan tarikh 10 Oktober atau 10.10, Bella mengakui dia sangat tertarik dengan susunan angka cantik tersebut selain ia mengikut kesesuaian masa mereka berdua.

"Saya suka tengok susunan nombor yang cantik. Sebenarnya ia juga kerana kesesuaian waktu. Kami tak nak terlalu hujung tahun, tak nak terlalu awal. Jadi ia di tengah-tengah, bukan bulan 11 atau 12, jadi pilih bulan 10," kongsinya gembira.

Bercakap mengenai persiapan menuju hari bahagia yang kini sudah mencapai kira-kira 60 peratus, Bella bersyukur kerana tidak berdepan sebarang masalah pertembungan cita rasa.

Katanya, Syed Saddiq seorang yang sangat bertolak ansur dan menyerahkan urusan gubahan majlis kepadanya.

"Alhamdulillah, tak ada masalah pertembungan sebab YB sangat 'simple' dan fleksibel. Apa sahaja Bella pilih, dia setuju. Bella memang ada cita rasa sendiri tetapi mana yang boleh dikurangkan, Bella kurangkan.

“Kalau terlalu banyak dalam satu masa, takut tak jadi seperti yang diinginkan. Kita pun jaga bajet juga," kongsinya lagi.

Sifat toleransi Syed Saddiq terserlah apabila dia mengakui tidak pernah mempunyai impian perkahwinan yang spesifik, sebaliknya fokus utamanya adalah memiliki calon isteri impian.

"Saya tidak mempunyai perkahwinan impian, tetapi saya mempunyai isteri impian, itu yang paling penting. Jadi, dalam bab persediaan perkahwinan, saya memang berikan kelonggaran ataupun autonomi sepenuhnya, yang penting kahwin," selorohnya.

Image from: 'Yang penting kahwin!' – Syed Saddiq beri autonomi penuh pada Bella Astillah, puji kecekapan bakal isteri urus majlis perkahwinan

Walaupun tempoh persiapan hanya mengambil masa kira-kira 100 hari dan kelihatan mencabar pada awalnya, Syed Saddiq memuji kecekapan Bella yang menjadi penggerak utama majlis mereka.

"Ia nampak mustahil tetapi bila ada Bella di sisi yang menjadi penggerak dan perancang utama dalam persiapan, perancangan dan organisasi semua ini, yang mustahil jadi munasabah. Tapi semuanya hanya boleh berlaku kerana Bella," puji Syed Saddiq lagi.

Sumber: Gempak & Bella Astillah -supporter

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved