
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober depan.
Pengumuman tarikh bahagia itu dibuat secara langsung menerusi program MeleTOP di Astro Ria, malam tadi. Syed Saddiq turut memaklumkan majlis persandingan akan diadakan di beberapa lokasi termasuk Kuala Lumpur, Muar dan Sabah.
Majlis pernikahan pasangan itu dijadual berlangsung di Menara Merdeka Maybank yang merupakan antara bangunan tertinggi di dunia.
Baca juga:
- Syed Saddiq & Bella Astillah pilih 10.10 sebagai tarikh bahagia
‘Sungguh menyakitkan hati’ – Ito Blues Gang persoal royalti diterima
Caprice akui perjuangan kes Ebit Lew belum berakhir, sedia tempuh tiga tahun lagi
Syed Saddiq berkata, mereka hanya mempunyai kira-kira 100 hari untuk membuat persiapan perkahwinan. Perancangan majlis hanya dapat dimulakan selepas beliau menyelesaikan proses berkaitan kes di Mahkamah Persekutuan pada Julai lalu.
Beliau turut berkongsi berita berkenaan menerusi hantaran di media sosial dengan memuat naik tarikh “10.10” serta ucapan, “Moga ALLAH memberkati ikatan perkahwinan kami. We’re getting Married!”.
Hantaran itu turut menerima komen daripada orang ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan selain menyatakan tidak sabar untuk melihat majlis perkahwinan mereka.
Syed Saddiq menegaskan perkahwinan mereka bukan sekadar penyatuan antara dua individu, sebaliknya turut melibatkan keluarga termasuk anak-anak Bella.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
The post Syed Saddiq & Bella Astillah pilih 10.10 sebagai tarikh bahagia appeared first on The Reporter.






