Cultural Night MAHA 2026 Gegarkan Pentas Utama ROTF, Aksi Wani Kayrie, Wany Hasrita & Asmidar Curi Perhatian

LocalEntertainment
5 Sep 2026 • 1:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Cultural Night MAHA 2026 Gegarkan Pentas Utama ROTF, Aksi Wani Kayrie, Wany Hasrita &  Asmidar Curi Perhatian

Bukan sekadar menikmati pelbagai produk dan aktiviti menarik, pengunjung MAHA 2026 turut berpeluang merasai pengalaman hiburan yang cukup meriah menerusi Cultural Night di Pentas Utama ROTF.

Berlangsung dalam suasana penuh warna-warni, acara berkenaan menyatukan elemen muzik, budaya dan hiburan apabila tiga penyanyi popular tanah air, Wani Kayrie, Wany Hasrita dan Asmidar tampil memberikan persembahan istimewa buat para pengunjung.

Image from: Cultural Night MAHA 2026 Gegarkan Pentas Utama ROTF, Aksi Wani Kayrie, Wany Hasrita &  Asmidar Curi Perhatian

Kehadiran mereka ternyata menambahkan lagi kemeriahan malam berkenaan apabila pengunjung turut sama menikmati persembahan yang disajikan. Pentas Utama ROTF menjadi tumpuan, dengan suasana yang cukup meriah sepanjang berlangsungnya Cultural Night.

Lebih menarik, penganjuran acara sebegini membuktikan bahawa pengalaman mengunjungi MAHA bukan hanya tertumpu kepada pameran dan aktiviti berkaitan sektor agro, sebaliknya turut menawarkan ruang untuk masyarakat menikmati kepelbagaian budaya dan hiburan dalam suasana santai bersama keluarga serta rakan-rakan.

Image from: Cultural Night MAHA 2026 Gegarkan Pentas Utama ROTF, Aksi Wani Kayrie, Wany Hasrita &  Asmidar Curi Perhatian

Jadi, jika belum berkesempatan memeriahkan MAHA 2026, masih banyak pengalaman menarik yang boleh diterokai. Teruskan mengikuti kemeriahan MAHA 2026 kerana pelbagai persembahan dan aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang penganjuran acara berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved