3 Pesona, 1 Pentas, Cultural Night  ROTF Serikan Malam MAHA 2026

LocalMusic
3 Sep 2026 • 7:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 tahun ini ternyata bukan sekadar acara agropelancongan, malah lebih dari itu. 

MAHA 2026 yang merupakan antara program utama dalam kalendar negara turut dihiasi acara Malam Budaya atau Cultural Night. 

Image from: 3 Pesona, 1 Pentas, Cultural Night  ROTF Serikan Malam MAHA 2026

Menampilkan pentas Rhythm of the Farmers (ROTF), acara terbabit dibarisi tiga penyanyi wanita popular; Wany Hasrita, Asmidar dan Wani Kayrie.

Bukan sekadar hadir menghiburkan pengunjung, ketiga-tiga bintang jelita itu turut membawa warna tersendiri menerusi persembahan yang menggabungkan elemen muzik, budaya dan hiburan dalam suasana penuh meriah.

Wany Hasrita tampil dengan pesona tersendiri, menghidupkan suasana menerusi kemerduan vokal dan persembahan yang dekat dengan jiwa peminat.

Image from: 3 Pesona, 1 Pentas, Cultural Night  ROTF Serikan Malam MAHA 2026

Tidak kurang hebat, Asmidar turut mencuri perhatian dengan keunikan vokalnya, manakala Wani Kayrie membawa aura generasi muda yang segar dan bertenaga ke pentas ROTF, untuk mendendangkan lagu-lagu berunsur tradisional.

Gabungan tiga penyanyi daripada latar dan generasi berbeza itu menjadikan Cultural Night antara pengisian yang dinanti-nantikan pengunjung MAHA 2026 tidak kira generasi muda dan dewasa.

Daripada lagu yang mengusik emosi hingga persembahan penuh tenaga, malam Cultural Night bukan sahaja menjadi ruang untuk berhibur, malah memperlihatkan bagaimana muzik menjadi medium yang menyatukan pelbagai generasi dalam satu pentas.

Image from: 3 Pesona, 1 Pentas, Cultural Night  ROTF Serikan Malam MAHA 2026

Kehadiran Wany Hasrita, Asmidar dan Wani Kayrie jelas menambah seri kemeriahan MAHA 2026 yang terus menjadi tumpuan pengunjung sehingga 6 September ini.

Penganjur, MARDI Corporation berkata, ROTF diwujudkan sebagai antara pengisian hiburan utama MAHA 2026 bagi memberikan pengalaman lebih menyeluruh kepada pengunjung menerusi gabungan persembahan muzik, kebudayaan dan aktiviti interaktif.

“Pelbagai pengisian hiburan disusun secara berterusan bagi meningkatkan keterlibatan pengunjung selain mewujudkan suasana lebih meriah sepanjang penganjuran MAHA,” katanya.

ROTF bakal melabuhkan tirai pada 6 September ini menerusi persembahan khas bertemakan ‘Soul Journey yang dijadualkan bermula jam 5.30 petang.

Image from: 3 Pesona, 1 Pentas, Cultural Night  ROTF Serikan Malam MAHA 2026

Pengunjung yang masih belum berkesempatan menyaksikan ROTF masih mempunyai peluang menikmati persembahan artis terkenal pada malam-malam berikutnya. - Getaran, 3 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved