Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Isu curang ini bukan sahaja berlaku kepada orang biasa, malah hubungan dan rumah tangga selebriti juga tidak terlepas dengan kes sebegini.
Namun disebabkan mereka ini selebriti, isu kecurangan mereka sering menjadi perbualan ramai malah ada juga yang tertanya-tanya sama ada perbuatan mereka ini benar-benar boleh dianggap curang atau sekadar ‘teman tapi mesra’ dengan rakan sekerja.
Berikut kami senaraikan kes curang pasangan selebriti Hollywood, tapi ramai yang berbelah bahagi sama betul ke mereka ini curang atau tidak.
Artikel berkaitan : Micro-Cheating: Benda Kecil Tapi Boleh Rosakkan Relationship?
Artikel berkaitan : “Dengar bunyi aneh di balik pintu pejabat’ – Kecoh Kisah Curang Dari Singapura, Libatkan CEO & Naib Presiden Syarikat
1. Adam Levine – Kantoi ada DM perempuan di Instagram?

Pada tahun 2022, tular di media sosial tentang kecurangan penyanyi Adam Levine selepas seorang model dan pempengaruh, Sumner Stroh membuat pendedahan di TikTok yang mendakwa dia pernah ada hubungan sulit dengan penyanyi lagu Girl Like You itu.
Model itu mendakwa bahawa dia menjadi kekasih gelap Levine selama kira-kira setahun sambil menunjukkan beberapa mesej antara mereka berdua tanpa mendedahkan tarikh spesifik bila kejadian itu berlaku.

Stroh kemudian berkata, dia telah berhenti bercakap dengan Levine selepas beberapa ketika, namun Levine didakwa muncul semula dalam DM Instagramnya bertanya pendapat jika dia dan isterinya iaitu model Behati Prinsloo, yang pada waktu itu sedang hamil anak ketiga boleh menamakan bayi itu sebagai Sumner jika anak itu lelaki.
Tidak berdiam diri, vokalis kumpulan Maroon 5 ini tampil memberikan kenyataan secara terbuka mengenai hal tersebut. Levine menafikan bahawa dia mempunyai ‘hubungan sulit’ namun mengakui bahawa tindakannya itu sudah melampaui batasan.

Berdasarkan pemerhatian, mungkin cara Adam Levine berkomunikasi dengan Sumner agak keterlaluan sampai ada unsur-unsur godaan.
Tapi Adam dan Sumner hanya berinteraksi dalam media sosial tanpa sebarang sentuhan fizikal. Ada cara ini dikira sebagai curang?
2. Kristen Stewart – Dirakam mesra dengan pengarah ketika masih menjadi teman wanita Robert Pattison
Pelakon utama filem Twilight, Kristen Stewart pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pengarah filem Snow White and the Huntsman yang dilakonkan olehnya pada tahun 2012.
Kecurangan Kristen Stewart yang masih lagi kekasih kepada Robert Pattison itu terbongkar apabila tular gambarnya sedang bermesra dengan Rupert Sanders di media sosial.
View this post on Instagram
Difahamkan ‘hubungan’ mereka itu terjalin semasa penggambaran filem tersebut dan lebih teruk lagi, isteri kepada Rupert Sanders iaitu model Liberty Ross juga terbabit dalam filem tersebut.
Memandangkan hubungan sulit mereka tersebar, Kristen telah membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Saya amat menyesal atas kesakitan dan rasa malu dengan apa telah saya buat kepada mereka yang rapat dengan saya,” katanya kepada Majalah People.
“Kecuaian seketika ini telah menjejaskan perkara yang paling penting dalam hidup saya, orang yang paling saya sayangi terutamanya Robert. Saya sayang dia, saya sangat menyesal.”
Biarpun permohonan maaf telah dilakukan, reputasinya telah tercalar dan terkesan bertahun-tahun lamanya.
Semua orang buat silap. Kristen juga telah mengakui kesalahannya yang menyebabkan ramai orang di sekeliling terseksa dan terluka. Namun wajarkah dia masih diingati di atas satu kesalahan itu, meskipun dia sudah meminta maaf?
3. Will Smith & Jada Pinkett Smith – Ada ‘hubungan rumit’ dengan penyanyi rap walaupun tidak bercerai secara sah

Sekitar tahun 2015-2016, Will dan Jada mempunyai masalah rumah tangga dan mereka ‘berpisah’ buat sementara, tapi masih belum bercerai.
Pada waktu itu, Jada mula rapat dengan penyanyi rap August Alsina dan ia bermula apabila August mula rapat dengan keluarga Smith tetapi makin rapat dengan Jada sebelum berubah daripada persahabatan biasa kepada hubungan romantik semasa Jada dan Will sedang ‘berpisah’.
Pada bulan Jun 2020, August mendedahkan bahawa dia dan Jada pernah bercinta selama beberapa tahun dan dia benar-benar mencintainya. August juga mendakwa bahawa Will mengetahui perkara itu.
Bagi menjawab kontroversi itu, Will dan Jada muncul dalam satu rancangan yang dinamakan Red Table Talk dan Jada mengaku yang dia memang mempunyai hubungan cinta dengan August dan mengklarifikasikan hubungan mereka sebagai satu entanglement (situasi yang rumit).

Disebabkan itu, ramai bersimpati dengan nasib Will yang dilihat sedih semasa perbualan itu. Pada tahun 2023, Jada turut mendedahkan yang dia dan Will telah hidup secara berasingan sejak dari 2016 lagi, namun tidak bercerai secara sah. Namun mereka difahamkan masih berkawan rapat dan menyokong antara satu sama lain.
Dalam situasi ini, adakah Jada dianggap curang? Sebab mereka masih suami isteri yang sah sementara Jada pula diulit cinta dengan pasangan lain, tapi mereka dah tak tinggal sebumbung.
4. Arianda Grande – Ada affair dengan orang lain masa masing-masing masih lagi berstatus suami isteri?

Ariana Grande dan Ethan Slater mengumumkan yang mereka mempunyai hubungan cinta selepas kedua-duanya baru sahaja keluar daripada alam perkahwinan masing-masing.
Kronologi bermula apabila Ariana dan Ethan mula bertemu dalam filem Wicked pada tahun 2022, waktu itu Ariana masih memegang status isteri kepada Dalton Gomez, manakala Ethan pula suami kepada Lilly Jay.
Pada tahun 2023, media melaporkan bahawa Ariana Grande dan Dalton sudah bercerai dan tidak lama selepas itu, muncul laporan yang Ariana sedang bercinta dengan Ethan yang kemudiannya memfailkan perceraian terhadap Lilly.
Ramai yang marah kerana kecurangan tersebut terbongkar, lebih menyedihkan Ethan dan Lilly juga mempunyai seorang anak kecil.
Ramai yang membuat spekulasi mengenai tempoh sebenar pasangan ini mula bercinta. Sehingga sekarang garis masa yang tepat tentang hubungan mereka juga masih menjadi tanda tanya.

Sepanjang 2024 dan 2025, Ethan dan Ariana semakin terbuka untuk muncul di bermacam-macam anugerah dan sebarang acara yang berkaitan filem Wicked.
Bahkan album terbaharu Ariana yang berjudul Eternal Sunshine juga membuatkan ramai peminat percaya bahawa ia merujuk kepada kontroversi yang melibatkan hubungan mereka.
Namun baru-baru ini, media melaporkan bahawa Ariana dan Ethan telah berpisah secara baik.
Hubungan yang dibina atas kesedihan orang lain nampaknya tidak bertahan lama. Kan?
Jadi, bagi korang macam mana pula? Adakah semua ini perkara normal pada zaman sekarang, atau sebenarnya satu red flag yang tidak boleh dipandang ringan?
Kalau korang percaya kesetiaan masih penting dalam hubungan, sertai ikrar #KamiPilihSetia di pautan ni.
Kempen #KamiPilihSetia Oleh Lobak Merah
Atau sertai kempen ini menerusi QR di bawah:

Sumber : abc NEWS, Instagram, BBC, Today.com, Cosmopolitan, Elle.com
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




