“Balik rumah, solat 2 rakaat” – Pemain Maghribi Titip Nasihat Kepada Gessime Yassine Selepas Jaringkan Gol

FootballSports
26 Jun 2026 • 11:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

pemain maghribi pesanan solat jaring gol

Ada sahaja kisah menarik sepanjang Piala Dunia FIFA 2026 ini berlangsung. Ada yang mencuit hati, ada yang mencetuskan kontroversi, dan tak kurang juga detik-detik yang menyentuh hati peminat bola sepak di seluruh dunia.

Terbaharu, bintang pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui, telah mencuri perhatian ramai apabila dilihat dalam satu video tular bersama pemain muda negara itu, Gessime Yassine, selepas aksi cemerlang dalam perlawanan semalam bersama skuad Atlas Lions.

Dalam perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2026 tersebut, Gessime Yassine berjaya menjaringkan satu gol penting yang membantu Maghribi mencatat kemenangan 4-2 ke atas Haiti, sekali gus menjadikan mereka naib juara kumpulan dan layak ke pusingan kalah mati.

Screenshot 2026 06 26 110356

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai bukan sekadar jaringan tersebut, tetapi detik selepas perlawanan yang tular di media sosial.

Artikel berkaitan: “90% operated by students” – Pelajar SMK Derma Buat ‘Live Stream’ Kejohanan Bola Sepak Terima Pujian Netizen

Artikel berkaitan: “Bukan sebab dibelasah 7-1…” – Jurulatih Curacao Menangis Ketika Lawan Jerman Di Piala Dunia 2026

Menerusi video tular itu, Mazraoui dilihat meghampiri Yassine, dipercayai menasihatinya untuk menunaikan solat dua rakaat selepas menjaringkan gol buat skuad Atlas Lions sebagai tanda bersyukur.

“Kamu pulang ke rumah, ambil wuduk dan tunaikan solat dua rakaat. Dan kamu perlu berterima kasih kepada Allah,” katanya.

— Muslim (@Muslim) June 25, 2026

Bahkan, ketika Soufiane Rahimi memberi satu lagi mata untuk pasukan mereka, Mazraoui terus mendekatinya dan mengingatkan pemain itu melakukan sujud syukur.

Tindakan Mazraoui ini menjadi bualan dan selari dengan imejnya yang dikenali sebagai seorang pemain yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved