Dah 30 Tahun Beroperasi Tapi Acuan Tak Pernah Dibersihkan, Kilang Ais Tanpa Lesen Di Kuching Disita

9 Apr 2023 • 4:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Acuan ais sudah 30 tahun tidak dibersihkan.

Dah 30 Tahun Beroperasi Tapi Acuan Tak Pernah Dibersihkan, Kilang Ais Tanpa Lesen Di Kuching Disita. Dilaporkan bahawa baru-baru ini Pegawai Kesihatan PKB Kuching telah membuat pemeriksaan terhadap sebuah kilang ais yang terletak di Jalan Petanak, Kuching.

Melalui pemeriksaan tersebut pihak mereka telah memberhentikan operasi kilang tanpa lesen tersebut serta merta.

image is not available
Dah 30 Tahun Beroperasi Tapi Acuan Tak Pernah Dibersihkan, Kilang Ais Tanpa Lesen Di Kuching Disita

Kotor, busuk dan meloyakan

Apa yang lagi membimbangkan adalah kilang tersebut berada dalam keadaan yang amat kotor, berbau busuk serta meloyakan.

Melalui pemeriksaan, acuan besi untu membuat bongkah ais di kilang berkenaan didapati berkarat dan tidak pernah ditukar sejak 30 tahun kilang tersebut beroperasi.

image is not available

Boleh membahayakan kesihatan orang awam

Perkara ini boleh membahayakan kesihatan orang awam yang telah menggunakan produk yang didapatkan di kilang berkenaan.

Oleh demikian, menyediakan produk yang boleh membahayakan kesihatan orang awam serta tidak mematuhi syarat operasi boleh dikenakan hukuman undang-undang yang setimpal.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved