Dah berkahwin, bercerai, sekarang bergabung lagi, sindir Amirudin

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 3:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dah berkahwin, bercerai, sekarang bergabung lagi, sindir Amirudin

MELAKA: Kerjasama antara beberapa parti Melayu yang pernah ‘berkahwin’ dan ‘bercerai’ bukanlah perkara baharu dalam landskap politik negara, malah pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sejarah menunjukkan parti-parti berkenaan pernah berpakat dan bergabung sebelum membawa haluan masing-masing.

Katanya, kerjasama terbaharu antara parti-parti yang tidak dinamakannya itu turut dikaitkan dengan usaha penyatuan atas nama bangsa dan kesatuan ummah.

“Ada orang kata mungkin mereka bergabung kerana bangsa. Ada pula mengatakan mungkin kerana kesatuan ummah dan sebagainya.

“Kedua-duanya pernah berkahwin. Tahun 70-an dan tahun 90-an, mereka pernah berpakat dan bergabung. Kahwin dan kemudian bercerai.

“Ini tiga (kali berkahwin), takkan bercerai lagi, terserah,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Amirudin berkata, sejarah menunjukkan kerjasama terdahulu menyaksikan parti-parti berkenaan pernah menjadi sekutu sebelum kembali berdepan antara satu sama lain sebagai lawan politik.

Justeru, beliau mempersoalkan sama ada kerjasama yang dibentuk atas nama bangsa atau kesatuan ummah itu benar-benar mewakili kepentingan kelompok yang diperjuangkan.

“Ada orang kata mungkin dia bergabung kerana bangsa. Ada orang kata mungkin kerana kesatuan umat.

“Tapi saya cerita sebab kedua-duanya pernah berkawan, kedua-duanya pernah berlawan,” katanya. – UTUSAN

The post Dah berkahwin, bercerai, sekarang bergabung lagi, sindir Amirudin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved