‘Hassan pun tiada dalam mesyuarat, tiba-tiba cerita begitu’

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 5:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Hassan pun tiada dalam mesyuarat, tiba-tiba cerita begitu’

SHAH ALAM – Dakwaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim bahawa Nurul Izzah melepaskan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaitkan tidak puas hati dengan pendekatan kerajaan dalam usaha membanteras rasuah, adalah tidak benar.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara berkenaan tidak pernah dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

“Perkara ini langsung tidak dibangkitkan dalam mesyuarat, Hassan pun tiada, tiba-tiba keluar cerita begitu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Beliau turut mengambil pendekatan dengan merujuk kepada kenyataan Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ayah kepada Nurul Izzah.

“Jadi kalau Hassan Karim lebih faham daripada ayah Nurul Izzah, itu saya agak pelik. Malah, Nurul Izzah terus bekerja untuk parti dan akan hadir kongres parti.

“Telaahan Hassan itu kurang tepat sepengetahuan saya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pengunduran Nurul Izzah daripada jawatan Timbalan Presiden PKR didakwa mempunyai kaitan dengan rasa tidak puas hati terhadap pendekatan kerajaan dalam menangani isu pembanterasan rasuah. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Hassan pun tiada dalam mesyuarat, tiba-tiba cerita begitu’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved