Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Perkongsian terkini daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengenai anak sulungnya, Ayden Adrean, membuatkan ramai netizen tersenyum melihat perubahan positif kanak-kanak tersebut.
Menerusi video pendek di Instagram Story miliknya, Bella memuat naik aksi bersahaja Ayden yang bersiap-siap awal pagi untuk ke sekolah bersempena sambutan Hari Kanak-kanak.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah pilihan beg yang mahu dibawanya. Bukan beg galas biasa, Ayden memilih untuk membawa sebuah beg bimbit dokumen khas berwarna gelap dengan perincian berwarna-warni.
Artikel berkaitan : Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq
Artikel berkaitan : Bella Astillah Sah Menjadi Isteri Syed Saddiq Dengan Sekali Lafaz
“Dia bilang ada children’s day. Tapi bawa beg macam mau pi Parlimen” – Bella Astillah
Pilihan beg ala beg bimbit mesyuarat itu membuatkan netizen mengaitkannya dengan figura Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sejak kebelakangan ini, keakraban serta rutin harian mereka yang meluangkan masa bersama sering mendapat perhatian ramai di media sosial.
Dalam satu lagi video, kelihatan Syed Saddiq meluangkan masa berkualiti membawa Ayden keluar membeli-belah dan makan bersama.
Hubungan mereka kelihatan sangat akrab sambil berpegangan tangan menuruni eskalator. Malah, Ayden turut dilihat membawa sebuah buku nota seolah-olah mengikuti jejak langkah Saddiq.
Perubahan positif Ayden ini telah membuatkan netizen merasakan kehidupan Ayden lebih baik semenjak munculnya Syed Saddiq dalam hidupnya.

Rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat perkembangan Ayden yang kini dilihat lebih berdisiplin, teratur dan terinspirasi untuk mencontohi gaya kepimpinan yang positif di sekelilingnya.
Sumber : Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






