
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Penggunaan perkhidmatan kenderaan awam sudah menjadi pilihan orang ramai pada masa kini tidak kiralah untuk ke sekolah, tempat kerja dan sebagainya.
Antara pengangkutan awam yang sering digunakan oleh orang ramai adalah keretapi, bas, e-hailing, MRT, LRT dan sebagainya.
Perkara ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah daripada tersekat di kesesakan lalu lintas.
Namun ada masanya kenderaan awam ini turut mengalami masalah teknikal yang menyebabkan ia tidak dapat mengambil penumpang dan terpaksa berhenti di beberapa stesen tertentu.
Terpaksa minta bantuan suami jemput kerana MRT tergendala
Baru-baru ini, seorang wanita turut berdepan dengan situasi sama apabila MRT yang dinaikinya tergendala di stesen Universiti Putra Malaysia (UPM) pada petang semalam (23 September) dan terpaksa meminta bantuan suami untuk menjemputnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Rosnani di TikTok, kelihatan hari sudah gelap dan dia berada di kawasan pejalan kaki sedang menunggu suami yang juga pemandu bas untuk menjemputnya.
Apa yang menariknya, suaminya datang bukan menggunakan kereta biasa sebaliknya menggunakan bas.
Suami siap letak mesej untuk isteri
Rosnani segera berjalan ke arah bas sebaik hon dibunyikan. Namun apa yang lebih menarik perhatian, kedengaran dia seperti terkejut sebaik melihat pada cermin bas yang dipandu suaminya itu.
Kelihatan si suami meletakkan mesej pada lampu LED display yang berada di cermin hadapan bas berkenaan.
“Bini saya Rosnani, sila naik bas,” tulisnya dalam mesej tersebut.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Rosnani berasa lucu sebelum naik ke atas bas.
Terhibur dengan mesej diberikan sehingga jadi perhatian orang ramai di stesen MRT
Dalam video sama, mereka turut berkongsi point of view (POV) daripada rakaman suami yang menunjukkan dia dalam perjalanan mengambil isteri di stesen MRT itu.
Jelasnya dia terpaksa mengambil isteri menggunakan bas, sampai sahaja di kawasan stesen dia membunyikan hon untuk mencari individu dicintai itu.
Malah kedengaran mereka ketawa disebabkan mesej yang diletakkan oleh si suami pada cermin tersebut.
Turut kelihatan orang ramai memandang ke arah bas berkenaan dipercayai untuk membaca mesej itu.
“Pengguna setia kenderaan awam, tiba-tiba tersekat dekat MRT UPM pula petang tadi. Nasib baik suami dah selesai kerja terus minta ambil! Terima kasih suami, Muhd Ameerul,” katanya.
Pengguna setia public transport, tiba2 stuck kat MRT UPM pulak petang tadi, Nasib baik husband dah sttle job trus mintak pickup! Macehhh husband @Muhd Ameerul maafff syggg tercarutt👉🏻👈🏻 #rosesendasyantikk #mrt #mrtupm #mrtstuck
Ramai turut terhibur lihat pasangan suami isteri
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan mesej tersebut dan turut tertawa.
Malah ada juga mengatakan wanita itu beruntung kerana suami menjemputnya dengan menaiki bas.
Ada juga mengatakan kini orang ramai di sekitar kawasan itu sudah mengetahui nama isteri pemandu bas berkenaan.
“Lah satu MRT UPM tahu nama akak”

“Lain macam kabel kak”

“Sederhana tapi bahagia. Tahniah akak dan abang! Saya tumpang gembira.”

“Tak pasal-pasal kena ulang video dari awal nak tengok tulisan punya pasal”




