“Dia Banyak Main-Main” – Pengarah Pilih Pelakon Ini Sebagai Ahli Baru ‘Running Man’

6 Feb 2024 • 1:01 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sejak Lee Kwang-soo dan Jeon So-min meninggalkan “Running Man”, ramai yang mengutarakan pendapata supaya rancangan itu menambah ahli baru.

Dalam episod terbaru ‘GYM JONGKOOK’, Kim Jong-kook dilihat telah menjemput kesemua pengarah yang bekerja bersama “Running Man” dan bersembang mengenai pelbagai topik berkaitan program itu.

Antara yang dibincangkan mereka ialah mengenai pengambilan ahli baru di mana semuanya mengharapkan watak yang senang bercampur dengan ahli lama tanpa mengira usia selain seseorang yang perlu bebas dari skandal.

Semasa berbual dengan Choi Bo-pil iaitu pengarah lama “Running Man”, dia mencadangkan nama Kang Hoon sebagai calon baru,

Kang Hoon nampak elok, kenapa korang tak nak dia?

image is not available

Balas Kim Jong-kook,

Dia telalu suka bermain-main.

Choi Bo-pil mengatakan bahawa personaliti pelakon itu nampak menyeronokkan dalam program “Couriers in Mongolia”. Selit lelaki berbadan sasa itu bersetuju dengan cadangan mereka,

Boleh rasanya kita masukkan dia untuk tempoh yang pendek. Dia langsung tak sibuk sampai bulan Februari nanti.

Antara nama lain yang dicadangkan mereka ialah personaliti Ma Seon-ho yang terkenal sebagai pempengaruh bina badan. Menerusi kemunculannya sebagai tetamu dalam “Radio Star”, rata-rata netizen Korea memuji humornya.

Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.