Dah Macam Dalam Rumah! Mesyuarat Flat PPR Dekat Koridor Sebelah Lif Buat Ramai Teruja [Video]

20 Aug 2025 • 2:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu


Bila sebut tentang mesyuarat, lazimnya ia dihadiri oleh beberapa orang individu bagi membincangkan sesuatu perkara.

Ia penting agar pelaksanaan sesuatu program itu dapat dirancang dengan baik dan menjadi sempurna di hari kejadian.

Kebiasaannya, kebanyakan orang akan memilih bilik besar atau tertutup yang menjadi lokasi untuk perbincangan.

Koridor Lif Jadi Tempat Perbincangan Penduduk PPR

Namun lain pula dengan penduduk Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel, Maluri, Kuala Lumpur ini yang memilih tempat unik untuk dijadikan lokasi mesyuarat.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @danisigma12, kelihatan beberapa orang penduduk PPR yang terdiri daripada pelbagai kaum sedang duduk antara satu sama lain berbincang sesama sendiri.

Difahamkan, mesyuarat itu dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) penduduk bagi membincangkan Persiapan Sambutan Malam Ambang Merdeka yang akan diadakan pada 30 Ogos nanti.

Apa yang menjadi perhatian adalah lokasi mesyuarat tersebut bukanlah dilakukan di sebuah bilik mahupun rumah salah seorang penduduk.

Sebaliknya, ia merupakan ruang terbuka iaitu di kawasan koridor lif yang terletak di tingkat 6 blok PPR berkenaan.

Koridor Lif Dihias Cantik Seperti Rumah, Siap Dengan Sofa dan Hiasan

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat kawasan koridor lif perumahan PPR itu dihias cantik seolah-olah seperti ruang tamu sebuah rumah.

Terdapat sofa, tikar mengkuang, kipas dan hiasan seperti labu sayong serta gambar turut terdapat di situ.

Menariknya, bukan hanya koridor lif aras tersebut sahaja dihias cantik namun aras lain seperti aras 2, 5 dan 6 turut kelihatan sama.

Malah, ada yang dihias seperti ruang makan sebuah rumah yang memberi ‘vibe’ raya kepada tetamu.

Bukan itu sahaja, selain mesyuarat mahupun perbincangan, terdapat aktiviti lain seperti kenduri tahlil turut diadakan di koridor lif perumahan tersebut.

Tonton video penuh [DI SINI]

image is not available
image is not available

Ramai Puji Semangat Penduduk PPR, Bersatu Hati Hias Kediaman

Perkongsian yang telah mendapat lebih 185,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan tidak menyangka lokasi mesyuarat itu sebenarnya diadakan di koridor lif.

Malah, ramai yang memuji semangat penduduk PPR berkenaan yang bersatu hati dalam menghias kediaman mereka.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Ingat Dalam Rumah, Rupanya Dekat Depan Lif, So Cantik, Perpaduan Pun Bagus”

image is not available

“Saya Suka Vibe Ni, Tempat Meeting Cantik, Tak Payah Fikir Nak Buat Rumah Siapa, Depan Lif Dah Lawa”

image is not available

“Love This Spirit, Keep Going”

image is not available

“Cantik Sangat, Ingat Dalam Rumah, Rupanya Di Lobi Lif”

image is not available

Source: