Influencer Kongsi Cara Tegur Pemandu Yang Lupa Hidupkan Lampu, Benda Kecil Tapi Besar Maknanya [Video]

18 Aug 2025 • 2:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pernah tak korang tertinggal atau terlupa sesuatu? Mesti pernah bukan kerana kita semua manusia yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

Meskipun perkara tersebut adalah rutin, pasti ada hari yang kita akan terlupa contohnnya membuka lampu kereta ketika senja atau malam.

Korang yang selalu memandu atau menunggang motosikal mesti tahu dan pernah nampak kenderaan lain yang terlupa menghidupkan lampu. Tapi apa yang korang buat? Biarkan saja atau tegur?

Influencer kongsi cara tegur pemandu lupa ‘on’ lampu kereta

Mungkin ada yang nak tegur tapi tak tahu caranya. Jangan risau, seorang influencer yang sering berkongsi tips pemandu berhemah di jalan raya yang dikenali sebagai Ammar Anas ada berkongsi caranya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @driving4dummies, Ammar mengajarkan cara yang digunakannya apabila berhadapan dengan perkara sebegitu terutamanya ketika senja.

“Lihat seseorang (pemandu) terlupa untuk hidupkan lampu? Terutamanya bila dah nak maghrib atau petang. Jom kita cuba untuk ingatkan mereka untuk pasangkan lampu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Cara tegur jika korang memandu atau menunggang motosikal

Menurutnya, sekiranya dia sedang memandu dan menyedari kereta di hadapannya lupa menghidupkan lampu, dia akan memberi lampu tinggi (high beam) sebanyak dua kali serta mematikan lampu keretanya selama dua atau tiga saat.

Kongsinya lagi, sekiranya dia menunggang motosikal pula, dia akan mendekati pemandu dan membunyikan hon sebanyak dua kali sebelum menunjukkan isyarat tangan untuk menghidupkan lampu dan memberi ‘thumbs up’.

Berdasarkan pengalaman yang dilaluinya, kedua-dua cara ini sememangnya berkesan dalam memberi tahu pemandu untuk menghidupkan lampu kereta.

“Inilah cara jaga sesama sendiri, benda kecil tapi besar maknanya. Kita semua boleh jadi orang Malaysia yang kita perlukan, saling peduli dan saling mengingatkan,” katanya.

@driving4dummies

Hello! Saw someone forgot to then on their headlights? Especially bila dah nak maghrib atau petang petang. Jom kita cuba untuk ingatkan mereka untuk pasangkan lampu!

♬ original sound – Ammar Anas