“Dah pukul 6.30 pagi mana staff?” – KTMB Beri Penjelasan Isu Pintu Stesen Anak Bukit Lewat Buka Kunci

25 Sep 2026 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 25T132547.462

Satu insiden yang berlaku di Stesen KTM Anak Bukit telah mencuri perhatian ramai di media sosial selepas beberapa keping foto dan video tular memaparkan situasi kelam-kabut penumpang seawal pagi hari ini.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pengguna Threads, individu ini meluahkan rasa berang apabila pintu masuk ke stesen berkenaan masih terkunci rapat meskipun jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.

View on Threads

 

Berdasarkan paparan visual yang dikongsikan, kelihatan beberapa penumpang yang terdesak dan enggan terlepas perkhidmatan tren terpaksa mengambil risiko dengan memanjat pagar besi stesen berkenaan untuk masuk ke kawasan platform.

Kakitangan Ada Masalah Kesihatan

Susulan penularan hantaran tersebut, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengeluarkan satu kenyataan media rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Menurut KTMB, Stesen Anak Bukit sepatutnya mula beroperasi pada jam 5.30 pagi. Walau bagaimanapun, kakitangan bertugas yang dijadualkan membuka stesen tidak dapat hadir bertugas pada waktu yang ditetapkan atas faktor kesihatan.

Pihak stesen yang menyedari pintu masih belum dibuka pada jam 5.55 pagi telah cuba menghubungi kakitangan terbabit namun tidak berjaya.

“Tindakan segera kemudiannya diambil dengan mengarahkan seorang Kerani Kaunter dari stesen berhampiran yang dijadualkan bertugas pada jam 7.00 pagi untuk hadir lebih awal ke Stesen Anak Bukit,” jelas kenyataan itu.

Kakitangan gantian berkenaan dilaporkan tiba pada kira-kira jam 6.30 pagi dan pintu utama stesen terus dibuka serta-merta.

25 Penumpang Terjejas, KTMB Mohon Maaf

Hasil semakan awal pihak KTMB menganggarkan seramai 25 orang penumpang telah terjejas dan tidak dapat menaiki dua perkhidmatan KTM Komuter (Tren 2901 dan Tren 2903) yang dijadualkan berlepas masing-masing pada jam 5.58 pagi dan 6.18 pagi.

KTMB tampil memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan menegaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian sebelum tindakan sewajarnya diambil mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sumber: Threads (1)(2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved