
PETALING JAYA – Seramai 25 penumpang terjejas dan tidak dapat menaiki dua perkhidmatan KTM Komuter, iaitu Tren 2901 dan Thren 2903 di Stesen Anak Bukit, Alor Setar berikutan pintu masuk stesen berkenaan belum dibuka, dalam kejadian pagi tadi.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi kenyataan memaklumkan, kedua-dua tren tersebut dijadualkan berlepas pada pukul 5.58 pagi dan 6.18 pagi, manakala pintu masuk berkenaan belum dibuka ekoran kakitangan bertugas tidak dapat melapor diri pada waktu ditetapkan atas faktor kesihatan.
“Setelah dimaklumkan, kira-kira pukul 5.55 pagi pintu masuk stesen masih belum dibuka, pegawai bertugas cuba menghubungi kakitangan berkenaan, namun tidak berjaya. Tindakan segera kemudiannya diambil dengan mengarahkan seorang kerana kaunter dari stesen berhampiran yang dijadualkan bertugas pada pukul 7 pagi untuk hadir lebih awal ke Stesen Anak Bukit,” menurut KTMB hari ini.
Kakitangan berkenaan kemudian tiba pada pukul 6.30 pagi dan pintu masuk utama stesen telah dibuka.
Dalam pada itu, KTMB memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas atas kesulitan yang berlaku.
“KTMB memandang serius kejadian ini memandangkan akses ke stesen perlu tersedia mengikut waktu operasi yang ditetapkan, khususnya bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang yang menggunakan perkhidmatan awal pagi.
“Siasatan lanjut sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kejadian dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan prosedur yang ditetapkan,” katanya.
KTMB kekal komited untuk memastikan aspek keselamatan, keselesaan dan kepentingan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.
Terdahulu, pengguna komuter di Stesen KTM Anak Bukit terpaksa beramai-ramai memanjat pagar untuk masuk ke stesen tersebut gara-gara petugas tidak membuka kunci, dalam kejadian pagi tadi.
Menerusi hantaran video pada Thread Ashirahzakri menunjukkan, penumpang berkenaan berbuat demikian memandangkan mereka mahu mengelakkan terlepas menaiki komuter untuk ke tempat kerja atau menyelesaikan urusan. – KOSMO! ONLINE
The post Staf tidak sihat, 25 penumpang terlepas tren KTM Anak Bukit appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] ‘Dah macam nak fly asrama sekolah’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-25-at-1.50.33-PM-1024x768.jpeg)


![Penumpang Panjat Pagar Stesen Anak Bukit Untuk Ke Platform Kerana Masih Berkunci, KTMB Mohon Maaf & Beri Penjelasan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/stesen-KTMB-Anak-bukit-masih-terkunci-penumpang-perlu-panjat-pagar-781x1024.jpeg?t=1790313153)