[VIDEO] ‘Dah macam nak fly asrama sekolah’

25 Sep 2026 • 2:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Dah macam nak fly asrama sekolah’

PETALING JAYA – Pengguna komuter di Stesen KTM Anak Bukit, Alor Setar, Kedah terpaksa beramai-ramai memanjat pagar untuk masuk ke stesen tersebut gara-gara petugas tidak membuka kunci, dalam kejadian pagi tadi.

Menerusi hantaran video pada Thread Ashirahzakri menunjukkan, penumpang berkenaan berbuat demikian memandangkan mereka mahu mengelakkan terlepas menaiki komuter untuk ke tempat kerja atau menyelesaikan urusan.

“Apa benda ni KTM Anak Bukit. Gate (pagar) berkunci? Dah pukul 6.30 pagi mana staf?,” menurutnya pada hantaran video berkenaan.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pelbagai pengguna termasuk penumpang lain yang menggunakan perkhidmatan itu.

“Salah seorang yang panjat pagar tadi. Dahlah hari pertama kerja, nasib sempat sampai. Tren lalu je, tapi tak boleh masuk. Terpaksa lah panjat kalau tunggu sampai cerah, tak boleh pergi kerja,” kata Tatachiwaa.

“Uis dah macam nak fly (lari) lari asrama sekolah dah,” seloroh Mr_oldskull.

“Ini memang tak sepatutnya berlaku. Anggap sajalah Allah lindungi kita daripada perkara yang tak diingini atas asbab kelewantan ini. Apa pun KTMB, anda perlu beri penjelasan kukuh kenapa hanya seorang staf incharge (bertugas),” komen T_eyn10.

Hantaran tersebut turut mendapat maklum balas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi ruangan komen.

“Maaf atas kesulitan yang dialami. Terdapat kecemasan yang tidak dapat dielakkan melibatkan kakitangan yang ditugaskan pada waktu tersebut.

“Walau bagaimanapun, tindakan segera telah diambil dan pintu masuk stesen telah dibuka oleh kakitangan gantian bagi memastikan operasi dapat diteruskan seperti biasa.

“KTMB memandang serius perkara ini dan akan mengambil langkah penambahbaikan yang sewajarnya. Sekali lagi, KTMB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Dah macam nak fly asrama sekolah’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved