Penumpang Panjat Pagar Stesen Anak Bukit Untuk Ke Platform Kerana Masih Berkunci, KTMB Mohon Maaf & Beri Penjelasan [Video]

25 Sep 2026 • 12:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pagi tadi (25 September), kecoh beberapa hantaran di laman Threads menunjukkan penumpang-penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Stesen Anak Bukit di Alor Setar, Kedah yang terpaksa memanjat pagar stesen yang masih berkunci sehingga jam 6.30 pagi tadi.

‘Staf Masih Lena Ke? Terpaksa Panjat Sebab Tren Dah Nak Sampai’ – Penumpang

Menerusi video dikongsi, kelihatan setiap individu membantu satu sama lain untuk melepasi pagar berkenaan untuk pergi ke platform tren. Ada yang berkata mereka perlu bertindak sedemikian memandangkan tren akan sampai dalam masa terdekat.

“KTMB Anak Bukit masalah la, staf tak buka pagar pagi ni, lena (tidur) ke apa? Sampai kami terpaksa panjat pagar sebab tren dah nak sampai,” kata seorang lelaki.

Dakwa lelaki berkenaan, seorang pakcik sehinggakan terlepas tren kereta api kerana menunggu pagar stesen itu dibuka.

View on Threads

KTMB Mohon Maaf Isu Pagar Stesen Tren Tidak Dibuka

Mengambil maklum aduan orang ramai, KTMB menerusi kenyataan di akaun Threads memohon atas segala kesulitan dialami penumpang selain berkata tindakan segera telah diambil dan pintu masuk stesen sudah dibuka oleh kakitangan gantian bagi memastikan operasi dapat diteruskan seperti biasa.

View on Threads

Siasatan Awal KTMB Dapati Kakitangan Bertugas Tak Lapor Diri Kerana Tak Sihat

Dalam satu kenyataan KTMB berkata, Stesen Anak Bukit sepatutnya mula beroperasi pada jam 5.30 pagi. Bagaimanapun, kakitangan yang dijadualkan bertugas untuk membuka stesen tidak dapat melapor diri pada waktu yang ditetapkan atas faktor kesihatan.

“Setelah dimaklumkan pada kira-kira jam 5.55 pagi bahawa pintu masuk stesen masih belum dibuka, pegawai bertugas telah cuba menghubungi kakitangan berkenaan namun tidak berjaya.

“Tindakan segera kemudiannya diambil dengan mengarahkan seorang Kerani Kaunter dari stesen berhampiran yang dijadualkan bertugas pada jam 7.00 pagi untuk hadir lebih awal ke Stesen Anak Bukit.”

Jelas kenyataan sama, kakitangan tersebut kemudiannya tiba pada kira-kira jam 6.30 pagi dan pintu masuk utama stesen telah dibuka.

Dianggarkan 25 Penumpang Terjejas – KTMB

Tambah KTMB, berdasarkan semakan awal, dianggarkan seramai 25 penumpang terjejas dan tidak dapat menaiki dua perkhidmatan KTM Komuter, iaitu Tren 2901 dan Tren 2903 yang masing-masing dijadualkan berlepas dari stesen Anak Bukit pada jam 5.58 pagi dan 6.18 pagi.

“KTMB memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas atas kesulitan yang berlaku.

“KTMB memandang serius kejadian ini memandangkan akses ke stesen perlu tersedia mengikut waktu operasi yang ditetapkan, khususnya bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang yang menggunakan perkhidmatan awal pagi.”

Siasatan lanjut sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kejadian dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

‘Alasan Tak Boleh Diterima, KTMB Sepatutnya Perlu Ada Plan B Jika Ada Kecemasan’ – Netizen

Menerusi ruangan balas KTMB di laman Threads terhadap posting asal yang tular, segelintir individu berkata masalah sebegitu tidak sepatutnya berlaku. Jelas beberapa orang netizen, pihak KTMB sepatutnya mempunyai pelan kedua sekiranya berlaku hal kecemasan seperti ini.

“Tak mungkin la korang tak ada sediakan back up atau plan B. Ini kan benda asas di mana setiap pekerjaan dan tugasan mesti akan ada orang yang boleh atau perlu ganti jika ada apa-apa halangan. Lagi-lagi ni bahagian yang melibatkan ramai orang awam.

“Jadi alasan ni tak kukuh dan tak boleh diterima. Tambahan pula ni dah beberapa kali jadi, bukan pertama kali ya. Ni salah satu sebab kenapa rakyat Malaysia mempersoal kredibiliti dan profesionalisme KTMB?” soal seorang individu.

“Seorang staf je ke buka kedai (stesen)? Ingat kedai mainan ke? Kalau dekat Jepun dah masuk televisyen minta maaf,” tambah seorang lelaki.

‘Kalau Bos Tanya Rajin Tak Kerja, Tunjuk Je Video Ni’ – Netizen

Malah segelintir netizen juga sempat berjenaka dengan mengatakan rakyat Malaysia sangat berdedikasi untuk pergi ke tempat kerja sehinggakan sanggup memanjat pagar stesen.

“Yang panjat pagar tu kena simpan video ni tau. Lepas ni kalau bos atau orang temu duga tanya betapa dedikasinya kau bekerja, tunjuk je video ni,” kata seorang wanita.

“Weh aku salah seorang yang panjat pagar tadi. Dah la hari pertama kerja, nasib baik sempat sampai,” tambah seorang penumpang.

Penumpang Dakwa Dah Dua Kali Hadap Situasi Sama

Menerusi video berbeza yang tular, kedengaran seorang wanita dipercayai penumpang tren mendakwa situasi pagar berkunci di Stesen KTMB Anak Bukit itu sudah dua kali berlaku.

View on Threads

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Penumpang Panjat Pagar Stesen Anak Bukit Untuk Ke Platform Kerana Masih Berkunci, KTMB Mohon Maaf & Beri Penjelasan [Video]
Image from: Penumpang Panjat Pagar Stesen Anak Bukit Untuk Ke Platform Kerana Masih Berkunci, KTMB Mohon Maaf & Beri Penjelasan [Video]
Image from: Penumpang Panjat Pagar Stesen Anak Bukit Untuk Ke Platform Kerana Masih Berkunci, KTMB Mohon Maaf & Beri Penjelasan [Video]
Image from: Penumpang Panjat Pagar Stesen Anak Bukit Untuk Ke Platform Kerana Masih Berkunci, KTMB Mohon Maaf & Beri Penjelasan [Video]
Image from: Penumpang Panjat Pagar Stesen Anak Bukit Untuk Ke Platform Kerana Masih Berkunci, KTMB Mohon Maaf & Beri Penjelasan [Video]
Sumber: Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved