Dakwaan KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing tidak benar – Saifuddin

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 11:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dakwaan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing, selain 1.2 juta rakyat China didakwa tidak keluar dari Malaysia, adalah tidak benar.

Image from: Dakwaan KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing tidak benar – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau sudah beberapa kali menafikan dakwaan berkenaan, namun masih terdapat pihak yang sengaja mengitar semula kandungan lama termasuk video, poster dan naratif yang telah diperbetulkan.

“Saya telah menafikan dakwaan ini berkali-kali sebelum ini. Malah, saya sendiri telah memberikan penjelasan berdasarkan fakta dan data rasmi.
“Namun, masih ada pihak yang sengaja mengitar semula video, poster dan naratif yang telah diperbetul semata-mata untuk mengelirukan rakyat serta meniup sentimen perkauman dan kebencian,” katanya dalam hantaran di laman sosial hari ini.

Menurut Saifuddin Nasution, perkara itu telah dijelaskan secara rasmi dan orang ramai boleh merujuk kenyataan serta laporan media terdahulu bagi mendapatkan fakta sebenar.

Image from: Dakwaan KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing tidak benar – Saifuddin

“Penyebaran fitnah seperti ini bukan sekadar mencemarkan nama individu atau institusi. Lebih membimbangkan, ia boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara, mencetuskan kebencian antara kaum, mengganggu ketenteraman awam serta menjejaskan keselamatan negara,” jelasnya.

Beliau pada masa sama menggesa semua pihak supaya tidak meneruskan penyebaran maklumat palsu atau menjadikan isu sensitif sebagai modal politik semata-mata untuk meraih perhatian di media sosial.

Artikel lain: Jenayah rentas sempadan: Malaysia-Thailand perkukuh kerjasama diplomatik – Saifuddin Nasution

“Saya juga menyeru agar rakyat menyemak kesahihan sesuatu maklumat daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkannya.
“Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab. Fakta tetap fakta. Data tetap data. Jangan biarkan fitnah mengatasi kebenaran,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, beberapa poster yang mendakwa KDN meluluskan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing tular dan berulang kali dikongsi semula di media sosial.

Sumber: Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved