Dakwaan KDN beri kewarganegaraan secara borong tidak benar – Menteri

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 11:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dakwaan KDN beri kewarganegaraan secara borong tidak benar – Menteri

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekali lagi menepis dakwaan konon pihaknya memberikan kewarganegaraan secara borong kepada warga asing, dan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, dakwaan itu adalah tidak benar dan isu tersebut juga telah dijelaskan secara rasmi dan fakta menerusi kenyataan serta laporan media, sebelum ini.

“Saya telah menafikan dakwaan ini berkali-kali sebelum ini. Malah, sendiri telah memberikan penjelasan berdasarkan fakta dan data rasmi.

“Namun, masih ada pihak sengaja mengitar semula video, poster dan naratif yang telah diperbetulkan semata-mata untuk mengelirukan rakyat serta meniup sentimen perkauman dan kebencian,” katanya di media sosial, hari ini.

Beliau turut menggesa agar semua pihak menghentikan penyebaran fitnah dan tidak memperalatkan isu-isu sensitif demi kepentingan politik atau meraih perhatian di media sosial.

Tegas beliau, penyebaran fitnah seperti itu bukan sekadar mencemarkan nama individu atau institusi, malah turut menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

“Ia juga boleh mencetuskan kebencian antara kaum, mengganggu ketenteraman awam serta menjejaskan keselamatan negara.

“Saya menyeru agar rakyat menyemak kesahihan sesuatu maklumat daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

“Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab. Fakta tetap fakta. Data tetap data. Jangan biarkan fitnah mengatasi kebenaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Dakwaan KDN beri kewarganegaraan secara borong tidak benar – Menteri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved