Dakwaan tular ladang babi di Taman Rimba Bukit Lagong tidak benar, MPS lapor polis dan SKMM 

31 Oct 2026 • 10:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dakwaan tular ladang babi di Taman Rimba Bukit Lagong tidak benar, MPS lapor polis dan SKMM 

SELAYANG, 31 OKT: Dakwaan kewujudan kandang ternakan babi di kawasan Taman Rimba Bukit Lagong, Batu Caves, disahkan tidak benar susulan pemeriksaan dan siasatan lanjut dilakukan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

MPS dalam kenyataan dikeluarkan malam ini berkata laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah dibuat berkenaan tuduhan itu. 

Semalam, tuduhan itu tular di aplikasi Threads apabila seorang pengguna mendakwa terdapat ladang babi di Bukit Lagong dan tiada tindakan dibuat pihak berkuasa.

Dalam jawapan balas kepada tuduhan itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, semakan awal termasuk penelitian gambar udara menggunakan dron yang dilaksanakan MPS tidak menemukan sebarang aktiviti penternakan babi di lokasi berkenaan.

Sebaliknya, hasil pemantauan mengesan dua kawasan yang menjalankan aktiviti penternakan lembu.

Image from: Dakwaan tular ladang babi di Taman Rimba Bukit Lagong tidak benar, MPS lapor polis dan SKMM 
Dakwaan tular berkenaan aktiviti penternakan babi di Bukit Lagong. Foto Media Sosial

MPS menerusi kenyataan media malam ini turut memaklumkan pemeriksaan lanjut termasuk pemantauan udara menggunakan dron mengesahkan dakwaan kewujudan kandang ternakan babi di kawasan itu adalah tidak benar.

Pihak berkuasa tempatan itu turut memandang serius penyebaran maklumat tidak berasas yang berpotensi mencetuskan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Tambah kenyataan lagi, orang ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkannya kepada umum.

Sebarang aduan atau maklumat berkaitan juga boleh disalurkan melalui saluran rasmi MPS untuk membolehkan pemeriksaan dan tindakan sewajarnya dilaksanakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved