Dapat Offer Habuan RM8K Seorang, Tiga Rakyat Malaysia Ditahan Polis Thailand, Gagal Seludup 87kg Dadah

4 Aug 2026 • 11:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dapat Offer Habuan RM8K Seorang, Tiga Rakyat Malaysia Ditahan Polis Thailand, Gagal Seludup 87kg Dadah

Dapat Offer Habuan RM8K Seorang, Tiga Rakyat Malaysia Ditahan Polis Thailand, Gagal Seludup 87kg Dadah

Tiga rakyat Malaysia ditahan polis Thailand selepas 87 kilogram (kg) dadah jenis syabu, bernilai kira-kira RM4.3 juta selepas ditemui dalam bagasi ketika menaiki kereta api dari Bangkok ke Hat Yai, lapor RTM.

Menurut Jurucakap polis Thailand, kesemua suspek ditahan di Stesen Hat Yai.

Suspek ketika itu dalam perjalanan dari Bangkok ke Hat Yai sebelum dipintas dan diperiksa sebaik tiba di stesen berkenaan.

Ia selepas operasi bersepadu yang dijalankan Unit Pencegahan Narkotik Polis Hat Yai bersama Polis Kereta Api Thailand, Polis Pelancong Thailand dan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Wilayah 9.

"Hasil pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamine kristal (syabu) yang disembunyikan di dalam tiga beg pakaian beroda dan tiga beg galas," katanya.

Berdasarkan siasatan awal, dadah berkenaan dipercayai untuk diseludup masuk ke Malaysia sebelum diserahkan kepada sindiket pengedaran dadah.

Baca juga:

Kesemua suspek turut mengaku ditawarkan upah RM8,000 seorang untuk membawa dadah itu ke lokasi yang telah ditetapkan.

"Siasatan sedang dipergiat bagi mengenal pasti dalang serta rakan subahat yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah rentas sempadan ini, sama ada di Thailand atau di luar negara," katanya lagi.

Kes itu disiasat di bawah undang-undang berkaitan dadah Thailand

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved