Dari Gaza Buat Malaysia, Mural Istimewa Sempena Hari Kebangsaan Terlakar Pada Runtuhan Konkrit

1 Sep 2026 • 10:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dari Gaza Buat Malaysia, Mural Istimewa Sempena Hari Kebangsaan Terlakar Pada Runtuhan Konkrit

Sambutan Hari Kebangsaan di negara kita diraikan dengan penuh kemeriahan dan semangat patriotik. Orang ramai berkumpul di negeri masing-masing untuk menyaksikan perarakan serta pelbagai persembahan istimewa.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kemeriahan itu bukan hanya dirasai di Malaysia.

Malah, ada juga rakyat di luar negara yang turut sama gembira dan ‘menyambut’ Hari Kebangsaan kita dengan cara mereka sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh Cinta Gaza Malaysia di Instagram, beberapa penduduk di Semenanjung Gaza dilihat memberikan penghormatan kepada Malaysia dengan menghasilkan mural pada runtuhan konkrit.

Dari Gaza buat Malaysia

Di sebalik bangunan dan kediaman yang ranap, mereka dengan penuh semangat melakar Jalur Gemilang dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada runtuhan berkenaan.

Baca juga:

"Sempena 69 tahun kemerdekaan Malaysia, warna Jalur Gemilang dilakar di atas runtuhan, membawa sebuah mesej dari Gaza buat rakyat Malaysia tentang erti kebebasan yang begitu berharga.

Image from: Dari Gaza Buat Malaysia, Mural Istimewa Sempena Hari Kebangsaan Terlakar Pada Runtuhan Konkrit
Image from: Dari Gaza Buat Malaysia, Mural Istimewa Sempena Hari Kebangsaan Terlakar Pada Runtuhan Konkrit

"Ketika kita meraikan nikmat kemerdekaan, ada insan di bumi lain yang masih menanti hari untuk merasai kebebasan di tanah air mereka sendiri.

"Dari runtuhan Gaza, Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysia.

"Semoga suatu hari nanti, Palestin juga dapat meraikan erti kemerdekaan yang sebenar," kata pertubuhan itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakyat Malaysia terharu dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk Palestin.

"Dalam keadaan macam ni pun masih ingat Malaysia. Sedihnya," kata seorang netizen.

"Satu hari nanti, kami pun akan meraikan kemerdekaan Palestin," kata seorang lagi.

Dalam serba kekurangan, ingatan mereka terhadap Malaysia tetap ada. Semoga rakyat Palestin terus diberikan kekuatan dalam menghadapi segala ujian yang dilalui.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved