“Daun kunyit habis”- Gelagat Peniaga Pasar Basah Gantung Cardboard Pada Leher Buat Ramai Terhibur

Entertainment
13 Apr 2024 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari sebelum menjelangnya raya memang kita akan sibuk buat persiapan untuk menyambut lebaran. Ada yang baru nak beli baju raya, kasut raya dan ada juga yang serbu pasar untuk beli bahan-bahan untuk juadah istimewa lebaran.

Baru-baru ini tular di platform TikTok gelagat beberapa orang peniaga di pasar yang menggantung cardboard di leher untuk memudahkan mereka memaklumkan bahan masakan iaitu daun kunyit telah habis dijual.

Video gelagat peniaga-peniaga tersebut telah dirakam sebelum dikongsikan di TikTok menerusi akaun annasazemi

 

Cara tersebut telah memudahkan mereka kerana pelanggan yang mahu membeli daun kunyit tidak perlu bertanya kepada peniaga kerana notis pemberitahuan daun kunyit habis telah digantung pada leher.

Video berdurasi selama 10 saat itu telah menjadi perhatian netizen di mana rata-rata warganet terhibur dengan gelagat peniaga-peniaga tersebut.

Kreatif jugak cara dorang ni kan. Takde lah penat atau kering air liur jawab soalan sama je kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.