
Davide Tardozzi memuji Alex Marquez sebagai salah seorang pelumba teratas musim 2025 namun mengakui bahawa rakan sepasukan rookie, Fermin Aldeguer, mencuri perhatian dengan prestasi luar jangka. Menurut Tardozzi kejayaan Alex bukan satu kejutan iaitu dengan kemenangan di Jerez, Catalunya dan Sepang serta menamatkan musim sebagai naib juara dunia, malah ia adalah hasil yang sepadan dengan rekod prestasinya sebelum ini.
Namun begitu, Aldeguer yang baru menyertai grid kelas perdana tampil luar biasa sejak awal musim. Bukan sahaja berjaya meraih podium dalam penampilan sulung, bahkan turut merekodkan kemenangan perlumbaan dan dinobatkan sebagai Top Rookie musim ini.
Tardozzi menyifatkan kemajuan Aldeguer sebagai mengejutkan tetapi sangat membanggakan dan membuktikan bahawa struktur pasukan telah berjaya membentuk barisan pelumba kompetitif iaitu gabungan pengalaman dan bakat muda yang mampu mencabar kejuaraan secara konsisten dalam musim-musim akan datang.
The post Davide Tardozzi Dengan Jelas Memuji Persembahan Alex Dan Fermin appeared first on TW Media.
