DBKK tingkat pemantauan lampu jalan sekitar Karamunsing

27 Oct 2026 • 4:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

DBKK tingkat pemantauan lampu jalan sekitar Karamunsing

DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan meningkatkan pemantauan jalan raya di sekitar Karamunsing bagi memastikan kawasan berkenaan mendapat pencahayaan yang mencukupi pada waktu malam.

Tindakan itu susulan aduan seorang pemilik rumah dan dua pemandu berhubung lampu jalan yang tidak berfungsi di Jalan Sang Kancil 1, Jalan Kolam, Jalan Tuaran dan Jalan Bertingkat Bukit Nenas.

Pemilik rumah berkenaan mengadu pengalaman sukar ketika memandu keluar masuk ke kediamannya yang terletak berhampiran Jalan Sang Kancil 1 selepas hari gelap.

SEORANG juruteknik memeriksa mekanisme di dalam tiang lampu jalan di sepanjang jalan utama antara persimpangan Jalan Kebajikan dan Jalan Sang Kancil.Menurutnya keadaan jalan yang gelap menyukarkannya untuk memastikan sama ada terdapat kenderaan dari arah bertentangan.

Sementara itu dua pemandu berkenaan menyuarakan kebimbangan terhadap risiko keselamatan akibat ketiadaan pencahayaan di beberapa bahagian jalan utama antara persimpangan Jalan Kolam-Jalan Kebajikan dan Jalan Tuaran-Jalan Sang Kancil selain jejambat Bukit Nenas.

Mereka berharap agensi berkaitan memberi keutamaan kepada penyelenggaraan lampu jalan di kawasan berkenaan sebelum berlaku kemalangan serius yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Kesemua pengadu memberikan lokasi tepat kawasan yang bermasalah kepada ruangan Hotline, sebelum maklumat itu disalurkan kepada DBKK.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata satu pasukan bersama kontraktor elektrik agensi itu telah pergi ke jalan terlibat sejurus pihaknya dihubungi media.

“Masalah itu berpunca daripada isu teknikal di kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya kakitangan DBKK telah menggantikan tiga lampu jalan dan satu magnetic contactor di Jalan Sang Kancil 1.

Beliau berkata mentol baharu yang dipasang mempunyai kuasa 250 watt, manakala alat penghubung elektrik itu mampu mengendalikan arus sehingga 60 ampere.

Katanya contactor ialah sejenis suis yang digunakan untuk membuka dan menutup litar elektrik secara berulang kali.

Beliau berkata sebuah kenderaan sky-master turut digunakan bagi memudahkan kerja membaik pulih lampu jalan berkenaan.

Menurutnya terdapat kira-kira 15 lampu jalan di sepanjang Jalan Sang Kancil 1 yang mempunyai jarak 537.7 meter.

Jurucakap itu berkata semakan rekod DBKK mendapati lampu jalan di Jalan Sang Kancil 1 mengalami kerosakan beberapa kali sepanjang tahun ini.

“Sehubungan itu kami telah meminta kontraktor menjalankan pemeriksaan berkala terhadap kemudahan ini serta mengambil tindakan sewajarnya setiap kali berlaku kerosakan,” katanya.

Jurucakap itu berkata gangguan lampu jalan di kawasan pertemuan Jalan Kolam dan Jalan Tuaran, antara persimpangan Jalan Kebajikan dan Jalan Sang Kancil berpunca daripada beberapa kelengkapan yang rosak.

SEBUAH kenderaan sky-master digunakan bagi membaik pulih lampu jalan yang tidak berfungsi di jejambat Bukit Nenas.Jarak antara kedua-dua persimpangan itu adalah kira-kira 553.2 meter.

“Satu lampu jalan didapati rosak dan pekerja kontraktor menggantikan mentolnya dengan lampu LED (diod pemancar cahaya) baharu,” ujarnya.

Selain itu katanya pemeriksaan mendapati kabel atas sepanjang 40 meter terputus kepada dua bahagian.

“Kabel aluminium dua teras yang baharu kemudian dipasang di kawasan berkenaan.

“Juruteknik turut memeriksa mekanisme pada bahagian pangkal tiang lampu jalan di sini,” tambahnya.

Menurutnya kontraktor menjalankan ujian pada waktu siang bagi memastikan lampu jalan berfungsi dengan baik.

“Wakil berkenaan kemudian kembali pada waktu malam untuk menilai sama ada jalan utama yang terlibat mendapat pencahayaan mencukupi,” katanya.

Beliau berkata wakil itu terus memantau kawasan bermasalah berkenaan selama beberapa hari selepas itu.

Katanya tiada satu pun kemudahan lampu jalan tersebut mengalami kerosakan sepanjang kedua-dua tempoh pemeriksaan berkenaan.

Mengenai Jalan Bertingkat Bukit Nenas, jurucakap itu berkata pasukan kontraktor turut membaiki kabel dan lampu jalan yang rosak.

“Pekerja kontraktor menanggalkan empat lampu jalan dan menggantikannya dengan yang baharu. Mereka turut menggantikan kabel bekalan elektrik sepanjang 80 meter,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kekerapan penyelenggaraan lampu jalan di kawasan pentadbiran DBKK, beliau berkata tiada jadual tetap ditetapkan bagi kerja berkenaan.

“Kemudahan ini diselenggara apabila perlu,” maklumnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved