DBKL Ambil Tindakan Tegas Terhadap Jurugambar Haram Sekitar KLCC, Pintasan Saloma

23 Nov 2025 • 8:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Umum mengetahui kehadiran jurugambar jalanan di sekitar bangunan KLCC di ibu negara menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk tempatan serta pelancong.

Selain menawarkan perkhidmatan mengambil gambar pada harga yang tinggi, segelintir daripada mereka turut didakwa memaksa pelancong menggunakan khidmat mereka.

Bagi membanteras isu ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan tegas terhadap jurugambar haram yang beroperasi di kawasan KLCC dan Pintasan Saloma.

Menerusi hantaran di Facebook, DBKL memaklumkan bahawa operasi bersepadu melibatkan Skuad KL Strike Force dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah dijalankan bagi menangani kegiatan ‘ulat gambar’ tersebut.

Artikel berkaitan: Individu Buat Servis Ambil Gambar Sekitar KLCC Mengaku Orang Malaysia Undang Pertikaian Netizen?

Selain itu, pihak berkuasa juga turut mengambil tindakan terhadap penjaja air tanpa kebenaran di sekitar Pintasan Saloma dan KLCC.

image is not available

DBKL telah menyita peralatan mobilgrapher serta mengeluarkan 23 notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“DBKL menyeru orang ramai supaya mematuhi peraturan, tidak menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan menghormati ruang awam demi memastikan Kuala Lumpur kekal aman, teratur dan selesa untuk semua,” – DBKL 

Tindakan tegas akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa tanpa kompromi.

Sumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Sumber: Facebook DBKLSumber: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.