Debaran Kian Terasa, Ini Lima Bintang EPL Yang Wajar Diberi Perhatian Musim Ini

Football
19 Aug 2026 • 3:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Debaran Kian Terasa, Ini Lima Bintang EPL Yang Wajar Diberi Perhatian Musim Ini

Debaran saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini kian terasa, dengan peminat bola sepak pastinya tidak sabar menyaksikan aksi sengit yang bakal mewarnai pentas liga paling popular di dunia itu.

Setiap musim, perhatian bukan sahaja terarah kepada persaingan merebut kejuaraan, malah aksi pemain bintang turut menjadi antara tarikan utama.

Gol, hantaran, kreativiti dan prestasi konsisten mereka sering menjadi penentu dalam perjalanan sesebuah pasukan sepanjang musim.

Dengan persaingan yang dijangka sengit, beberapa pemain dilihat berpotensi mencuri tumpuan menerusi kemampuan serta prestasi masing-masing.

EPL musim 2026/27 akan membuka tirai awal pagi Sabtu ini dengan Arsenal menentang Coventry City pada jam 3 pagi waktu Malaysia.

Menjelang sepak mula musim baharu itu, berikut lima bintang EPL yang wajar diberi perhatian musim ini.

Lima bintang EPL yang wajar diberi perhatian musim ini

  1. Morgan Rogers (Chelsea)

Ditandatangani dari Aston Villa dengan nilai perpindahan rekod Britain sebanyak £117 juta (AS$158 juta), pemain tengah England itu dijangka menjadi antara tonggak utama dalam usaha Xabi Alonso membentuk semula Chelsea di Stamford Bridge.

Rogers merupakan rekrut utama Chelsea pada jendela perpindahan musim panas ini dan perlu membuktikan kemampuannya seiring tanda harga yang begitu tinggi sekiranya Alonso mahu mengembalikan prestasi The Blues selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu di tempat ke-10.

Image from: Debaran Kian Terasa, Ini Lima Bintang EPL Yang Wajar Diberi Perhatian Musim Ini
Kredit: AFP

Pemain berusia 24 tahun itu tiba di Stamford Bridge selepas membantu Aston Villa menamatkan penantian 30 tahun untuk menjulang trofi apabila muncul juara Liga Europa.

Hubungan persahabatannya dengan penyerang Chelsea, Cole Palmer, sejak kedua-duanya bersama di akademi Manchester City dijangka membantu Rogers menyesuaikan diri dengan lebih mudah di kelab baharunya.

Namun, Alonso perlu mencari formula terbaik untuk memanfaatkan kemampuan kedua-dua pemain itu yang beroperasi di kawasan padang yang hampir sama.

  1. Elliot Anderson (Manchester City)

Pemain berusia 23 tahun itu hanya sempat memegang rekod sebagai pemain Britain termahal selama beberapa hari sebelum rekod berkenaan dipecahkan oleh perpindahan Morgan Rogers ke Chelsea.

Anderson menyertai Manchester City dari Nottingham Forest dengan nilai perpindahan £116 juta, sekali gus memikul tugas besar untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan dua tonggak tengah, Rodri dan Bernardo Silva.

Image from: Debaran Kian Terasa, Ini Lima Bintang EPL Yang Wajar Diberi Perhatian Musim Ini
Kredit: AFP

Rodri, pemenang Piala Dunia bersama Sepanyol, kini menyertai Barcelona, manakala Silva berpindah ke Real Madrid, meninggalkan ruang besar di bahagian tengah City yang perlu diisi Anderson bagi membantu pengurus baharu, Enzo Maresca, menikmati musim sulung yang berjaya.

Keupayaan Anderson membaca permainan dengan baik, hantaran yang kemas serta ketenangannya di atas padang menjadi antara faktor yang membolehkan pemain antarabangsa England itu memperoleh perpindahan bernilai tinggi selain kenaikan gaji yang lumayan.

Kini, Anderson perlu membuktikan dirinya berbaloi dengan pelaburan besar tersebut ketika City berusaha merampas semula kejuaraan daripada Arsenal selepas dua musim tanpa menjulang trofi Liga Perdana Inggeris.

  1. Bruno Guimarães (Arsenal)

Pemain tengah Brazil itu menjadi pilihan alternatif pengurus Arsenal, Mikel Arteta, selepas The Gunners gagal mendapatkan Morgan Rogers.

Arsenal enggan menyamai tawaran pemecah rekod Chelsea untuk mendapatkan Rogers, lalu mengalihkan perhatian kepada Bruno Guimarães. Kehadirannya menjadikan skuad juara itu yang sememangnya sudah cukup kuat bertambah mantap.

Arsenal membayar £75 juta untuk mendapatkan kapten Newcastle tersebut. Guimarães dijangka bergandingan bersama Declan Rice dan Martin Ødegaard di bahagian tengah.

Image from: Debaran Kian Terasa, Ini Lima Bintang EPL Yang Wajar Diberi Perhatian Musim Ini
Kredit: AFP

“Sejak hari pertama dia datang, semuanya terasa begitu natural,” kata kapten Arsenal, Ødegaard, mengenai proses penyesuaian Guimarães.

“Walaupun sebelum ini kami pernah beberapa kali bertelagah dengannya, dia datang dan terus menjadi sebahagian daripada pasukan seolah-olah sudah lama bersama kami.

“Dia mampu memenangi perebutan bola dan merupakan seorang pejuang. Pada masa yang sama, dia juga memiliki kualiti yang tinggi serta tenang ketika mengawal bola.”

Baca juga:
  1. Sandro Tonali (Tottenham Hotspur)

Pemain tengah Itali itu hanya mengambil masa 10 minit untuk bersetuju menyertai Tottenham sebagai pemain termahal dalam sejarah kelab.

Kini, dia perlu membuktikan bahawa keputusan pantas tersebut adalah langkah yang tepat buat dirinya dan kelab baharunya.

Dengan etika kerja yang tinggi serta kualiti ketika menguasai bola, pemain berusia 26 tahun itu menjadi antara tonggak penting dalam kebangkitan Newcastle sebelum prestasi mereka merosot pada musim lalu.

Image from: Debaran Kian Terasa, Ini Lima Bintang EPL Yang Wajar Diberi Perhatian Musim Ini
Kredit: AFP

Bercita-cita untuk membawa kariernya ke tahap lebih tinggi, Tonali tidak mengambil masa lama untuk menerima projek pengurus Tottenham, Roberto De Zerbi, yang sedang melakukan rombakan besar-besaran terhadap kelab tersebut selepas mereka berjaya mengelak penyingkiran pada Mei lalu.

“Apabila anda berasa gembira selepas perbualan selama 10 minit, semuanya sempurna,” kata Tonali, yang mengakui nilai perpindahannya yang tinggi hadir bersama “tekanan yang besar”.

  1. Jeremy Jacquet (Liverpool)

Jacquet dibawa masuk bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap barisan pertahanan Liverpool yang kelihatan rapuh dan tidak lagi memiliki keteguhan seperti unit pertahanan yang membantu mereka menjuarai liga pada 2025.

Kini berusia 35 tahun, Virgil van Dijk tidak lagi kelihatan kebal seperti dahulu.

Prestasi kurang memberangsangkan kapten Liverpool itu turut diburukkan oleh masalah yang melanda rakan-rakan sepasukannya di bahagian pertahanan pada musim lalu.

Image from: Debaran Kian Terasa, Ini Lima Bintang EPL Yang Wajar Diberi Perhatian Musim Ini
Kredit: AFP

Ibrahima Konaté telah menyertai Real Madrid, manakala Andrew Robertson berpindah ke Tottenham.

Jacquet, 21, terpaksa menunggu untuk menyertai Liverpool selepas perpindahan bernilai £60 juta dari Rennes dipersetujui pada jendela perpindahan musim sejuk.

Van Dijk mengakui gandingan baharunya bersama Jacquet di jantung pertahanan Liverpool masih dalam proses untuk dibentuk.

“Sudah jelas bahawa anda perlu membina keserasian bersama, dan ia memerlukan sedikit masa,” katanya.

“Itu sesuatu yang normal, tetapi kami berharap dapat membentuk keserasian tersebut secepat mungkin.”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved