Deepavali: Tak perlu pilih antara keluarga dan kuliah! Siswa guru dibenar kuliah hibrid empat hari

2 Nov 2026 • 3:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kelonggaran kepada siswa guru Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk mengikuti kuliah secara hibrid selama empat hari sempena sambutan Deepavali pada 8 November ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, kemudahan berkenaan bertujuan memberi peluang kepada siswa guru yang menuntut jauh dari kampung halaman untuk pulang meraikan perayaan bersama keluarga tanpa menjejaskan pembelajaran.

Menurutnya, pelaksanaan kuliah secara hibrid ditetapkan pada 9 hingga 12 November bagi siswa guru Kumpulan A, manakala Kumpulan B pula pada 10 hingga 13 November.

“Melalui kemudahan ini, siswa guru yang pulang meraikan Deepavali masih boleh mengikuti kuliah secara dalam talian.
“IPG Kampus juga boleh memohon cuti tambahan dan cuti berganti sekiranya terdapat keperluan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Fadhlina berkata, PISA turut menunjukkan anak-anak Malaysia mempunyai rasa ingin tahu dan kecekalan yang tinggi, namun mereka membesar dalam dunia yang lebih kompleks, termasuk berdepan ancaman buli siber. - Gambar fail/BERNAMA

Fadhlina menjelaskan, kelonggaran tersebut mengambil kira keperluan siswa guru untuk meluangkan masa bersama keluarga, di samping memastikan sesi pengajian dapat diteruskan seperti biasa.

Sementara itu, berdasarkan surat pemakluman Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bertarikh 30 Oktober, cuti Deepavali bagi Kumpulan A yang merangkumi Kedah, Kelantan dan Terengganu ditetapkan pada 8 November.

Bagi Kumpulan B pula, cuti ditetapkan pada 9 November melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah.

 

Bagaimanapun, IPG di Sarawak tidak diberikan cuti Deepavali memandangkan perayaan tersebut bukan cuti umum di negeri berkenaan.

IPGM turut memaklumkan bahawa kampus yang mempunyai bilangan siswa guru berketurunan India yang kecil boleh memberikan kebenaran bercuti kepada pelajar terbabit mengikut keperluan.

Pelaksanaan kuliah hibrid itu membolehkan siswa guru mengikuti pengajian dari lokasi masing-masing sepanjang tempoh yang ditetapkan.

Sumber: FB Fadhlina Sidek

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved