KPM beri kebenaran kuliah hibrid 4 hari sempena Deepavali

2 Nov 2026 • 7:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KPM beri kebenaran kuliah hibrid 4 hari sempena Deepavali

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan kemudahan kuliah secara hibrid selama empat hari kepada siswa guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi membolehkan mereka pulang menyambut Deepavali bersama keluarga masing-masing.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kemudahan itu diberikan pada 9 hingga 12 November bagi Kumpulan A, manakala 10 hingga 13 November bagi Kumpulan B.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan mengambil kira hasrat siswa guru yang menuntut jauh dari kampung halaman untuk pulang meraikan perayaan itu bersama keluarga.

Menurutnya, menerusi pelaksanaan kuliah hibrid, siswa guru yang pulang ke kampung masih boleh mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian tanpa menjejaskan kelangsungan pengajian mereka.

“IPG Kampus juga boleh memohon cuti tambahan dan cuti berganti sekiranya terdapat keperluan.

“Kita mahu memastikan pembelajaran terus berjalan dengan baik tanpa mengabaikan kepentingan masa bersama keluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fadhlina turut mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh siswa guru dan keluarga yang meraikannya. – UTUSAN

The post KPM beri kebenaran kuliah hibrid 4 hari sempena Deepavali appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved