
Dell secara rasmi memperkenalkan komputer riba terbaharu, Dell 14S di acara IFA 2026. Model ini disasarkan kepada pelajar dan profesional muda, dengan penekanan kepada bateri tahan lama serta reka bentuk moden yang sesuai dengan gaya hidup generasi baharu.
Dell 14S dibuat daripada kerangka aluminium premium setebal 13.5mm dengan berat hanya 1.15kg bagi memastikan ia mudah dibawa. Dell turut menawarkan skrin dengan nisbah aspek 16:10 serta dua pilihan resolusi iaitu 2.8K 120Hz atau 2K 60Hz. Dell juga melengkapkan 14S dengan CPU Intel Core 5 dan Core 7 Series 3 (Intel Wildcat Lake) yang menyokong pelbagai tugasan dengan lebih lancar.

Sorotan utama Dell 14S ialah ketahanan bateri. Dell menyatakan komputer riba ini mampu digunakan sehingga 21 jam untuk memainkan video dengan sekali cas, sekali gus menjadikannya antara model dengan hayat bateri yang panjang dalam kelasnya. Untuk memastikan bateri tahan lama, Dell menggunakan bateri berketumpatan tinggi yang digabungkan dengan pemproses Intel lebih cekap kuasa
Dell 14S turut hadir dengan kamera FHD yang menyokong Windows Hello untuk log masuk. Pilihan I/O pula terdiri daripada port USB-C, HDMI serta bicu fon kepala bagi memenuhi keperluan harian pengguna. Model ini dijadualkan mula dijual di Malaysia pada bulan November dengan harga akan diumumkan kemudian.
Sumber – Dell USA






