Demi upah RM3,000 sanggup jadi keldai dadah

10 Sep 2026 • 4:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Demi upah RM3,000 sanggup jadi keldai dadah

SHAH ALAM – Tiga keldai dadah antarabangsa antara 14 individu yang ditahan selepas polis menumpaskan enam sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan RM31.53 juta, baru-baru ini.

Kesemua suspek termasuk sembilan warga asing berusia antara 20 hingga 39 tahun ditahan dalam serbuan antara 19 hingga 20 Ogos lalu di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Kajang dan Segambut, Kuala Lumpur.

Polis turut merampas 259 kilogram pelbagai jenis dadah termasuk bunga ganja, serbuk MDMA, pil ekstasi, pil Erimin 5 dan ketamin selain lima mesin pembungkus dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati tiga keldai dadah terbabit berasal dari Eropah dan Asia Tenggara serta menerima upah antara RM2,000 hingga RM3,000.

Menurut beliau, ketiga-tiga suspek dipercayai baru pertama kali terlibat dalam kegiatan membawa masuk atau mengedar dadah.

“Selain itu, terdapat tiga lagi warga asing yang bertugas di tempat penyimpanan dan pengedaran dadah. Semakan mendapati lima daripada sembilan warga asing tersebut telah tamat tempoh pas lawatan sosial atau tinggal lebih masa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Jelas beliau, siasatan turut menunjukan enam sindiket yang ditumpaskan ini telah bergerak aktif sejak bulan lalu.

Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas lima kenderaan iaitu Honda CR-V, Nissan Teana, Mazda 6, Honda City dan Proton Saga.

Turut disita wang tunai RM3,879, empat utas rantai dipercayai emas dan seunit beg jenama Hermes dengan nilai keseluruhan RM172, 069.

“Kita telah menuduh 11 suspek di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Manakala dua suspek dibebaskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Demi upah RM3,000 sanggup jadi keldai dadah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved