Desas-Desus Tahanan Rumah Najib, Pengamal Media Mula Berkumpul Depan Kediaman

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 11:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Lebih 10 pengamal media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta sejak kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Kehadiran pengamal media itu susulan desas-desus bahawa Najib mungkin dibenarkan menjalani hukuman di bawah tahanan rumah. Bagaimanapun, setakat laporan diterbitkan, belum ada pengumuman rasmi yang mengesahkan perkara tersebut dan tiada pergerakan keluar masuk dilihat di kediamannya.

Advertisement NajibUtusan Malaysia  

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, dilihat berada di Istana Negara bagi Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pagi ini.

Permohonan pengampunan Najib menjadi perhatian selepas pertimbangannya ditangguhkan dalam mesyuarat pada 11 September lalu.

Dalam pada itu, Hannah sebelum ini menafikan kesahihan satu dokumen tular yang mendakwa beliau menandatangani perintah tahanan rumah Najib dan menyifatkannya sebagai palsu. – UTUSAN MALAYSIA

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Desas-Desus Tahanan Rumah Najib, Pengamal Media Mula Berkumpul Depan Kediaman2026-09-11 12:00:32

65 Banduan Dibebaskan, Pengampunan Najib Ditangguhkan Ke Mesyuarat Akan Datang

 

The post Desas-Desus Tahanan Rumah Najib, Pengamal Media Mula Berkumpul Depan Kediaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved