Dewan pameran kembali beroperasi, selamat dikunjungi selepas insiden asap di MAHA 2026

29 Aug 2026 • 8:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dewan pameran kembali beroperasi, selamat dikunjungi selepas insiden asap di MAHA 2026
Facebook Rasmi Expo MAHA 2026 memaklumkan Dewan A MAEPS telah dibuka semula.

SHAH ALAM - Dewan Pameran A (Dewan A), Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang kembali beroperasi dan disahkan selamat untuk kunjungan awam selepas insiden pengeluaran asap petang Sabtu.

Jawatankuasa Penganjur MAHA 2026 berkata, insiden teknikal berlaku kira-kira jam 4.50 petang itu berjaya dikawal sepenuhnya hasil tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pasukan pengurusan keselamatan tapak.

Menurutnya, pemeriksaan komprehensif turut dijalankan serta-merta selepas insiden dan pihak berkuasa mengesahkan tiada ancaman keselamatan berterusan.

"Pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang ancaman keselamatan berterusan dan fasiliti berkaitan disahkan berada dalam keadaan selamat sepenuhnya.

"Pihak penganjur ingin menegaskan bahawa keadaan dikawal sepenuhnya dengan insiden teknikal itu telah diatasi sepenuhnya tanpa melibatkan implikasi struktur," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jawatankuasa Penganjur MAHA 2026 turut memaklumkan, tiada kecederaan, kecemasan perubatan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, Dewan Pameran A juga telah dibuka semula untuk kunjungan orang ramai berkuat kuasa serta-merta.

Dalam pada itu, jawatankuasa menjelaskan, tindakan pengosongan sementara dewan dilaksanakan sebagai langkah pencegahan standard mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Keselamatan MAHA 2026 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung serta pempamer.

Justeru, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke MAHA 2026 bersama keluarga dan rakan-rakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved