Pengunjung MAHA digalak pakai pelitup muka

LocalHealth & Fitness
29 Aug 2026 • 1:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengunjung MAHA digalak pakai pelitup muka

SERDANG: Pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September ini digalakkan memakai pelitup muka susulan keadaan jerebu dan cuaca panas ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah itu penting sebagai usaha meningkatkan tahap penjagaan kesihatan pengunjung yang hadir ke MAHA 2026.

Katanya, kehadiran pengunjung pada hari pertama MAHA 2026 mencecah 140,000 orang dan jumlah itu dijangka meningkat berikutan bermulanya cuti.

“Kehadiran hari pertama sudah 140,000 orang. Hari ini dengan bermulanya cuti, kita menjangkakan kehadiran begitu ramai.

“Saya mengharapkan para pengunjung kalau boleh digalakkan memakai pelitup muka kerana keadaan jerebu dan cuaca.

“Daripada siaran ini, media dapat juga mewar-warkan, kalau dapat mereka datang bawa pelitup muka supaya dapat kita meningkatkan penjagaan terhadap kesihatan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian MAHA 2026, di sini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sambutan Ambang Merdeka turut akan diadakan di MAHA 2026 pada 30 Ogos bermula 11.30 malam.

Katanya, acara itu akan diserikan dengan pertunjukan dron dan bunga api sebagai antara pengisian sambutan berkenaan.

“Sambutan Ambang Merdeka kita ada pada 30 hari bulan bermula jam 11.30 malam.

“Setengah malam Ambang Merdeka dengan pertunjukan dron dan bunga api,” katanya.

Terdahulu, MAHA 2026 dijangka menerima kira-kira empat juta pengunjung hadir sepanjang penganjurannya yang berlangsung bermula hari ini sehingga 6 September ini.

Selain itu, sebanyak RM58 juta jangkaan nilai jualan serta RM8 bilion memorandum persefahaman (MoU) bakal dimeterai sepanjang penganjuran. – UTUSAN

The post Pengunjung MAHA digalak pakai pelitup muka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved