'Dia 25 tahun, lapan tahun beza usia' – Shila Amzah imbau momen dilamar Ubai, terharu suami realisasikan impian tak pernah dikecapi

EntertainmentLifestyle
13 Nov 2026 • 10:08 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Dia 25 tahun, lapan tahun beza usia' – Shila Amzah imbau momen dilamar Ubai, terharu suami realisasikan impian tak pernah dikecapi

PENYANYI Shila Amzah mengimbau kembali detik istimewa ketika dilamar suaminya, Ubaidillah Mohd Zulkefli atau lebih mesra disapa Ubai, yang sehingga kini kekal sebagai antara kenangan paling manis dalam hidupnya.

Dilamar di di taman tema Sunway Lagoon pada 2023, pelantun lagu Patah Seribu dan Memori Tercipta itu meluahkan rasa terharu apabila suaminya memahami terdapat banyak pengalaman yang belum pernah dirasainya sejak zaman kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa.

Image from: 'Dia 25 tahun, lapan tahun beza usia' – Shila Amzah imbau momen dilamar Ubai, terharu suami realisasikan impian tak pernah dikecapi

Malah, lelaki kesayangannya itu berusaha memberikan pengalaman indah itu, termasuk kebebasan untuk menjadi diri sendiri, meluahkan perasaan dan memenuhi perkara yang selama ini tidak pernah dikecapinya.

“Dia tahu saya tidak pernah dilamar sebelum ini. Dia tahu serba-serbi ada banyak perkara yang tidak pernah Sha alami dan rasai sejak zaman kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa.

“Buat pertama kali, dia menjadikan semua itu kenyataan.

"“Dia memberikan saya kebebasan untuk selesa menjadi diri sendiri, meluahkan perasaan dan menyatakan keperluan, serta kebebasan untuk memiliki semula sisi feminin saya.

“Saya langsung tidak menyangka akan dilamar, walaupun bukan menggunakan dron, tetapi saya sangat gembira,” kongsi Shila.

Image from: 'Dia 25 tahun, lapan tahun beza usia' – Shila Amzah imbau momen dilamar Ubai, terharu suami realisasikan impian tak pernah dikecapi

Dalam pada itu, Shila turut meluahkan rasa syukur apabila hubungan yang dibina bersama Ubai bakal memasuki tahun keempat pada tahun hadapan, meskipun perbezaan usia lapan tahun antara mereka pernah mengundang pandangan negatif segelintir pihak.

“Tak sangka tahun hadapan genap tahun keempat kami bersama. Kami berkahwin ketika dia berusia 25 tahun, dengan perbezaan usia lapan tahun.

“Sha dan Ubai masih ingat pada awal perhubungan kami, ramai orang cakap benda negatif tentang kami. Tetapi Ubai dan Sha tak mahu ambil pusing tentang perkara itu sebab cuma kami berdua tahu kenapa kami rasa dekat dan ingin disatukan.

“Alhamdulillah tabarakallah. Terima kasih atas doa-doa yang baik daripada kalian. Sha merasa dapat suami, Seth dan Rhea dapat papa,” kongsinya.

Sekadar info, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira.

Shila memiliki seorang anak lelaki, Seth Uwais daripada perkahwinan pertamanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved