“Dia dah scam banyak kedai” – Peniaga Rugi RM98 Ditipu Wanita, Beli Burger Tak Bayar

Entertainment
25 Sep 2023 • 12:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum ketahui, ramai peniaga-peniaga baik di kedai makan mahupun di kaki lima sudah ramai yang menyediakan kod QR bagi tujuan memudahkan proses pembayaran para pelanggan yang rata-rata menggunakan kaedah tersebut berbanding transaksi tunai.

Pun begitu, ada juga sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap peniaga seperti perkongsian peniaga burger di Ampang ini.

Menurut video yang dimuatnaik di TikTok Abang Burger ini, dia telah menjadi mangsa penipuan dengan kerugian hampir RM100 gara-gara ditipu pelanggannya.

image is not available

Menurutnya, insiden penipuan itu dikatakan sering didengarnya berlaku kepada peniaga-peniaga burger di kawasan tersebut, namun nasib malang yang sama juga turut menimpanya baru-baru ini.

Azroy berkata, insiden tersebut berlaku sekitar jam 8.30 malam di mana dia didatangi oleh seorang wanita dan memesan 2 set burger ‘triple-crusted’ ayam, burger rusa ‘double special’ dan burger daging ‘double special’.

Pun begitu, wanita tersebut memberikan alasan tidak membawa wang dan meminta untuk pulang ke rumah untuk mengambil duit untuk membuat pembayaran dan Azroy kemudiannya membenarkan wanita tersebut pulang untuk mengambil wangnya kerana percaya kepada wanita tersebut.

@mohdazroyampang Dengan rendah diri aku halal kan makanan yang kau ambil, semoga ada rezeki untuk aku pada masa2 akan datang amin #crispybitesburger #burgerayamcrispy #chickencrispyburger #scammers ♬ original sound – Abang Burger

Malangnya, sehingga gerai tersebut tutup pada jam 11, pelaku tersebut tidak datang semula untuk membuat pembayaran dan ini menyebabkan Azroy berasa tertipu dan akan lebih berhati-hati selepas ini.

Dalam masa yang sama, perkara ini akan dijadikan pengajaran dan menerusi ruangan komen, ramai yang mencadangkan agar langkah yang lebih ketat kepada pelanggannya terutamanya untuk pesanan yang mahal dikenakan, sebagai contoh, dia mungkin akan meminta pelanggan membayar dahulu pesanan sebelum dibuat dan sebagainya.

Difahamkan, insiden ini telah membuatkan para peniaga di kawasan tersebut berhati-hati agar tidak terjerat dengan penipuan yang sama selain laporan turut dilakukan kepada pihak berkuasa.

Sumber : TikTok | Abang Burger (@mohdazroyampang)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.