
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Majoriti individu mempunyai beban atau tanggungan kewangan yang perlu dibayar setiap bulan.
Antara yang paling biasa didengar adalah sewa rumah, bayaran pinjaman kenderaan serta tanggungan lain yang berlaitan.
Tidak semua namun ada segelintir yang menghadapi kesukaran membuat bayaran secara konsisten hingga sanggup bertindak di luar kawalan.
Buat Laporan Kononnya Disamun Semata-Mata Mahu Elak Bayar Hutang & Sewa Rumah
Terbaharu, seorang wanita dilaporkan membuat laporan polis palsu mendakwa dia disamun di Taman Pandan Damai, Kuantan, Pahang pada Isnin (5 Mei) lalu.
Apa yang mengejutkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mendedahkan wanita yang berusia 57 tahun dan merupakan suri rumah itu berbuat demikian hanya kerana mahu mengelak dari membayar hutang dan sewa rumah.
Jelas Wan Mohd Zahari, wanita itu membuat laporan berkenaan di Balai Polis Jaya Gading semalam (5 Mei) kira-kira jam 9.40 pagi.
“Berdasarkan laporan diterima, suri rumah itu mendakwa disamun oleh seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta berwarna hitam serta bersenjatakan pemutar skru.
“Wanita itu turut mendakwa wang tunai RM1,500 dan barang kemas miliknya dilarikan suspek dalam kejadian yang dikatakan berlaku berhampiran padang Taman Pandan Damai,” katanya.
Siasatan Dapati Tiada Kejadian Samun Berlaku, Wanita Berada Dalam Keadaan Waras
Tambah Wan Mohd Zahari, hasil siasatan lanjut mendapati tiada kejadian samun berlaku seperti yang didakwa.
“Sebaliknya, wanita tersebut membuat laporan palsu atas kepentingan diri sendiri.
“Dia juga berada dalam keadaan waras ketika membuat laporan berkenaan,” ujarnya.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 187 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu kepada penjawat awam.
Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dipercayai ahli keluarga wanita tersebut berhubung insiden itu.

Baca Artikel Berkaitan: Takut Kantoi Hamil, Pelajar Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Kononnya Diri Dirogol
Baca Artikel Berkaitan: Buat Laporan Palsu Sebab Takut Dimarahi Bapa, Remaja 13 Tahun Dakwa Kononnya Diculik
Baca Artikel Berkaitan: Takut Suami Marah Gadai Telefon Untuk Beli Alat Solek, 2 Wanita Buat Laporan Palsu Dakwa Disamun
Source:

![Penantian 6 Tahun Berakhir, Ramai Tersentuh Lihat Reaksi Mentua Lepas Menantu Surprise Umum Kehamilan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![Wanita Persoal Kenapa Di Kedah Tiada Tempat Menarik Raih Pelbagai Reaksi [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)

![Korang Pernah Alami? Doktor Kongsi 5 Tanda Kolesterol Jahat Tinggi Dalam Darah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)