Penantian 6 Tahun Berakhir, Ramai Tersentuh Lihat Reaksi Mentua Lepas Menantu Surprise Umum Kehamilan [Video]

Family & ParentingLifestyle
6 May 2025 • 3:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi kebanyakan pasangan yang berkahwin, anak merupakan penyeri dalam kehidupan rumah tangga.

Namun, tidak semua orang bernasib baik dikurniakan cahaya mata dalam masa yang singkat.

Ada yang terpaksa menunggu bertahun lama walaupun telah melakukan pelbagai usaha.

Sudah pastilah kehadiran permata kecil ini memberi kebahagiaan bukan sahaja kepada pasangan yang menanti namun juga kepada ahli keluarga yang lain.

Menanti Selama 6 Tahun, Wanita Beri Kejutan Kepada Mentua Tentang Kehamilan

Semalam (5 Mei), tular di media sosial video seorang wanita yang membuat kejutan kehamilan kepada ibu bapa mentuanya setelah enam tahun menanti.

Menerusi video berkenaan, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Rabiatul membuat kejutan tersebut ketika sesi bersalaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

Namun, difahamkan ia adalah video throwback pada raya tahun lalu sewaktu kandungannya berusia enam minggu.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan pada mulanya menyerahkan sebuah kotak kepada ibu mentuanya.

Ibu wanita itu kemudiannya dilihat membuka kotak tersebut dan memegang kit ujian kehamilan yang dipercayai tertera perkataan ‘pregnant’.

Ibu Bapa Menangis Kesyukuran, Si Bapa Siap Tadah Tangan Tanda Syukur

Sedar dengan mesej yang cuba disampaikan, ibu dan bapa mentua wanita itu dilihat menangis kegembiraan.

Malah, si bapa siap menadah tangan menzahirkan rasa syukur atas pemberian rezeki yang tidak ternilai itu.

Lebih menyentuh hati, si ibu mendedahkan dia telah lama berdoa agar menantunya itu dikurniakan cahaya mata.

“Ya Allah, Alhamdulillah. Happynya mama untuk Atul dan Afif. Memang mama selalu doakan, ya Allah ya tuhanku, bersyukur pada Allah,” katanya.

Pada masa yang sama, kedengaran ibu mentua wanita berkenaan sempat menitipkan pesanan agar menantunya menjaga diri sepanjang tempoh kehamilan.

Sudah Menanti 6 Tahun, Dah Buat Pelbagai Rawatan Sebelum Hamil Secara Semulajadi

Kongsi wanita berkenaan kepada BuzzKini, tujuannya memuat naik video tersebut sebagai tanda ingatan sewaktu momen bahagia itu.

Jelas Rabiatul, dia telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2018 dan menanti cahaya mata selama 6 tahun.

Lebih mengejutkan, dia yang mempunyai masalah Sindrom Ovari Polistik (PCOS) telah menjalani pelbagai rawatan termasuklah beberapa kali rawatan Inseminasi Dalam Rahim (IUI) dan Persenyawaan in-Vitro (IVF) buat kali pertama namun gagal.

Tidak pernah kenal erti putus asa, dia akhirnya membuat keputusan untuk berehat dan memfokuskan kepada proses IVF buat kali kedua.

Dengan kuasa Allah, Rabiatul mendapati dirinya mengandung secara semulajadi selepas enam bulan menjalani rawatan tradisional ikhtiar hamil.

Dia telahpun selamat bersalin cahaya mata lelaki pada 2 Disember lalu dan bayinya kini berusia lima bulan.

@rabiatulkamsina

Throwback pregnancy announcement to my beloved parents in law. We announced about our long awaited pregnancy during pagi raya lepas salam bermaafan🥲 (morning Eid). After failed IUIs & IVFs, and a lot of unsuccessful fertility treatments, unexpectedly, we conceived spontaneously before proceed with our 2nd IVF cycle! One of the most touching moments I ever had & will always remembered!😭 Alhamdulillah our precious baby is 5 months old now🥹 #pregnancyannouncement #ttc #failedivf #pcos #infertility

♬ original sound – Rabiatul Kamsina – Rabiatul Kamsina

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Tersentuh, Golongan TTC Mohon Doa Dikurniakan Rezeki Sama

Video yang telah mendapat lebih 163,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh melihat reaksi kedua ibu bapa mentuanya.

Pada masa yang sama, pengguna media sosial yang sememangnya sedang ikhtiar untuk hamil memohon agar dikurniakan rezeki sama seperti pengguna berkenaan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Tengok Awak Dengan Mama Saya Nangis Tapi Bertambah Nangis Lepas Tengok Ayah”

image is not available

“Doakan Juga Kakak Saya Diberi Peluang Untuk Miliki Zuriat Yang Soleh & Solehah”

image is not available

“Kita Pula Yang Sedih, Tahniah Sis! Saya Pun Selepas 7 Tahun Baru Mengandung, Sekarang Dah 19 Minggu”

image is not available

“Sama Macam Saya Umumkan Pregnancy Kepada Mentua”

image is not available

Source: