Wanita Di Malta Teruja Miliki Perodua Kelisa, Akui Kereta Asia Lebih Baik Dari Eropah

LocalCars
6 May 2025 • 3:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Proton dan Perodua merupakan antara jenama kebanggaan rakyat Malaysia memandangkan kedua-dua syarikat kereta ini merupakan syarikat automotif nasional.

Ia sekali gus membuktikan kebolehan Malaysia untuk menjadi seperti negara-negara maju lain yang memiliki syarikat automotif tersendiri.

Bukan hanya di Malaysia, kedua-dua jenama ini turut dipasarkan di merata negara termasuklah di Eropah. Malah, orang luar negara turut gemar memanduinya.

Wanita Malta akui suka Perodua Kelisa yang dibelinya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita dari Republic of Malta mengakui menyukai Perodua Kelisa terpakai berusia 20 tahun yang baru dibelinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Motoqar, wanita itu yang dikenali sebagai Claudine Alcock menyatakan kereta ikonik Perodua itu dibelinya pada harga EUR700 iaitu kira-kira RM3,363.

“Claudine Alcock ini kongsi di Facebook yang dia dah seminggu beli Perodua Kelisa keluaran tahun 2005,” tulis di kapsyen.

Kerusi Kelisa selesa dan mudah parkir

Menerusi semakan kami di grup Facebook Kelisa Owners, Claudine turut menyatakan pandangannya bahawa kereta buatan Asia adalah lebih bagus berbanding kenderaan berjenama Eropah.

Menurutnya, dia menggemari kerusi pada Kelisa miliknya itu kerana rasanya yang selesa selain kereta kompak itu mudah untuk diparkir memandangkan saiznya yang kecil.

Perkongsian Claudine meraih perhatian ramai selepas wanita itu dilihat begitu berpuas hati dengan pembeliannya itu.

Difahamkan, selain Kelisa, dia sebelum ini pernah memiliki beberapa lagi kereta seperti Ford Escort, Chevrolet Spark, Kia Picanto dan lain-lain.

image is not available

image is not available