“Alhamdulillah” – Datuk Red Sah Bergelar Suami Kepada Rohanita Dalam Majlis Sederhana

3 Jul 2026 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan, Datuk Red kini sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Rohanita, dalam satu majlis akad nikah yang dipercayai berlangsung di sebuah masjid di ibu negara hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu menerusi sesi siaran langsung di akaun TikTok miliknya pada pagi tadi.

Advertisement

dato red kahwin

Menerusi siaran langsung tersebut, Red dan Rohanita dilihat tampil sedondon mengenakan busana serba putih. Majlis berkenaan dipercayai dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Sehari sebelum majlis berlangsung, Red turut memberi bayangan mengenai hari bahagianya apabila memuat naik gambar swafoto bersama Rohanita sambil memegang jambangan bunga menerusi TikTok Story.

Malah, kira-kira lima jam sebelum akad nikah, usahawan itu sekali lagi berkongsi gambar swafoto bersama Rohanita di hadapan cermin yang disertakan dengan emoji hati berwarna biru serta emoji pengantin perempuan.

Sebelum ini, Red mengesahkan bakal menamatkan zaman dudanya pada bulan ini menerusi sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

Menurutnya, majlis tersebut dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dan dia berharap segala urusan dipermudahkan.

Untuk rekod, hubungan Red dan Rohanita yang juga merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata mula menjadi perhatian ramai di media sosial sejak Januari lalu.

Terdahulu, Datuk Red pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Adira sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015 sebelum mereka bercerai pada 24 April 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Alhamdulillah” – Datuk Red Sah Bergelar Suami Kepada Rohanita Dalam Majlis Sederhana2026-07-03 10:46:06

"Tak Payah Beriya Sangat Nak Tunjuk Bapa Mithali Tu" - Abby Abadi Respon Hantaran Norman Hakim, Anggap Tiada 'Common Sense'

The post “Alhamdulillah” – Datuk Red Sah Bergelar Suami Kepada Rohanita Dalam Majlis Sederhana first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved