Datuk Red Tamatkan Zaman Duda, Selamat Bernikah Dengan Rohanita

3 Jul 2026 • 12:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 07 03T122543.975

Desas-desus mengenai hari bahagia usahawan kontroversi, Datuk Red, akhirnya terjawab apabila beliau sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Rohanita, dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di sebuah masjid di ibu negara, pagi tadi.

Pemilik nama sebenar Adnan Abu yang berusia 48 tahun itu berkongsi detik indah tersebut secara langsung menerusi sesi live di akaun TikTok peribadinya.

Artikel berkaitan: Datuk Red Bakal Berkahwin Kali Ketiga Julai Depan, Adira Suhaimi Tumpang Bahagia

Menurut laporan Harian Metro, dalam sesi siaran langsung tersebut, Datuk Red dan Rohanita yang berusia 35 tahun kelihatan sama cantik sama padan menggayakan persalinan sedondon berwarna putih bersih. Majlis yang diadakan secara sederhana itu dipercayai hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Sebelum majlis berlangsung, Datuk Red sebenarnya sempat memberi ‘bayangan’ awal menerusi hantaran di TikTok Story miliknya.

Sehari sebelum bernikah, beliau ada memuat naik gambar swafoto bersama Rohanita sambil memegang jambangan bunga. Seterusnya, beberapa jam sebelum akad nikah, beliau sekali lagi berkongsi foto mirror selfie bersama usahawan wanita itu berserta emoji hati biru dan pengantin perempuan.

cats 5

Hubungan cinta antara Datuk Red dan Rohanita yang juga merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang anak, mula dihidu netizen dan menjadi bualan hangat di platform media sosial sejak Januari lalu.

Untuk rekod, Datuk Red sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular, Adira Suhaimi sebagai isteri kedua pada Disember 2015 sebelum disahkan bercerai pada April 2024. Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: Harian Metro, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved