Aiman Hakim Ridza kongsi perjalanan Zahirah MacWilson berhijab, tekankan adab dan keperibadian – ‘Bukan setakat bertudung tetapi...’

19 Aug 2026 • 12:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Aiman Hakim Ridza kongsi perjalanan Zahirah MacWilson berhijab, tekankan adab dan keperibadian – ‘Bukan setakat bertudung tetapi...’

PERUBAHAN imej pelakon jelita, Zahirah MacWilson yang kini tampil berhijab sejak beberapa bulan lalu ternyata mencuri perhatian peminat.

Sungguhpun begitu, ramai yang tertanya-tanya apakah detik permulaan di sebalik penghijrahan manis pelakon berusia 31 tahun itu.

Akur dengan fasa baharu kehidupan suri hatinya, pelakon Aiman Hakim Ridza mendedahkan Zahirah kini dalam proses transisi untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Bagi Aiman, apa yang paling utama bukanlah sekadar perubahan imej luaran semata-mata, sebaliknya penyucian jiwa dan pembentukan keperibadian diri.

Memahami tanggungjawabnya sebagai suami, pelakon drama Curi Curi Cinta tersebut sentiasa membimbing dan membantu isteri kesayangannya itu untuk benar-benar memahami konsep penghijrahan yang sebenar.

"Dia sebenarnya sedang mencuba. Pada saya yang penting bukanlah setakat bertudung tetapi apa yang ada di sebalik hijab.

"Bagi saya, dia harus tahu sebab serta kebaikan pemakaian tersebut, yang penting sebenarnya adalah keperibadian seseorang," katanya memetik OhBulan!

Tambah pelakon berumur 37 tahun itu lagi, pemakaian hijab seharusnya menjadi pemangkin untuk perbaikan diri secara menyeluruh dan bukannya mengikut trend semata-mata.

"Ya, dia ada memberitahu saya tentang hasrat memakai hijab dan banyak bertanya. Tetapi apa yang saya tekankan adalah keperibadian.

"Dia mesti faham mengapa dia pakai hijab... Isi kandungan sebagai seorang muslim itu lebih penting sebenarnya. Kalau pakai tudung tapi tak ada adab pun tak guna," jelasnya jujur.

Image from: Aiman Hakim Ridza kongsi perjalanan Zahirah MacWilson berhijab, tekankan adab dan keperibadian – ‘Bukan setakat bertudung tetapi...’

Buka Buku Baharu

Isu penampilan baharu pelakon wanita itu mula menjadi bualan hangat selepas empunya diri berkongsi beberapa keping foto berhijab ketika menikmati percutian bersama keluarga tercinta.

Meskipun sudah melepasi tempoh dua bulan membawa imej baharu tersebut, Zahirah bagaimanapun memilih untuk belum mendedahkan faktor utama yang mendorong hatinya untuk menutup aurat sepenuhnya.

Untuk rekod, pasangan romantik berkenaan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Isaac Raees, 5, serta Inara Raisa, 2.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved