“Dia Sempat Hantar” – Rakan Sebak, Bentang ‘Assignment’ Tanpa Arwah Dalila [Video]

13 Jun 2025 • 11:37 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Nahas bas yang membawa 44 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin lalu (9 Jun) masih lagi meninggalkan kesan pilu buat seluruh rakyat Malaysia.

Dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik pada kira-kira 1.10 pagi itu, seramai 15 pelajar UPSI dilaporkan terkorban.

Selain ahli keluarga, rakan-rakan mangsa juga pastinya masih lagi terasa dengan pemergian sahabat mereka.

Rakan sekumpulan Allahyarham Nur Dalila sebak, buat pembentangan tanpa arwah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang penuntut UPSI yang juga rakan kepada salah seorang mangsa yang maut iaitu Allahyarham Nur Dalila Farhana Mohamad Isma berkongsi saat hiba dia serta beberapa pelajar lain melakukan pembentangan tanpa arwah.

Difahamkan, dia yang dikenali sebagai Yasmin serta beberapa pelajar yang lain merupakan rakan sekumpulan arwah dalam satu tugasan (group assignment).

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @intnminn, Yasmin berterima kasih kepada rakan-rakan yang lain yang melakukan pembentangan selepas dirinya mengakui tidak mampu berkata-kata dipercayai kerana terlalu sedih dengan kehilangan sahabatnya itu.

“Terima kasih rakan-rakan tugasan saya yang ‘present’ dekat depan, sumpah saya tak mampu nak bercakap,” tulisnya di dalam video.

Arwah sempat siapkan tugasnya, hantar video yang telah disunting sehari sebelum raya

Lebih memilukan, Allahyarham Nur Dalila yang menggalas tanggungjawab untuk menyunting video assignment terbabit sempat menyiapkannya dan menghantar tugasan itu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Difahamkan lagi, arwah juga menyiapkan segala bahagian-bahagiannya di dalam tugasan berkumpulan itu seolah-olah dia sudah mengetahui bahawa dirinya akan pergi buat selamanya.

“Terima kasih untuk segalanya Dalila sebab edit video assignment kita semua, sempat dia hantar video itu sehari sebelum raya,” tulis di kapsyen.

@intnminn thankyou untuk segalanyaa dalila sebab edit video assignment kita semua 😭🥀 sempat dia hantar video tu sehari sebelum raya ❤️#upsiberduka #nahasbasupsi #nurdalilafarhana #alfatihahbuatmu ♬ Bintang Syurga – UNIC

Yasmin rakan sebilik dengan arwah Dalila

Yasmin bukan sahaja rakan kumpulan di dalam tugasan bersama arwah Nur Dalila, sebaliknya juga merupakan rakan sebilik bersama Allahyarham.

Sudah tentu kehilangan Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar juga buat dirinya yang begitu akrab bersama arwah sepanjang mereka bersama.

“Terima kasih atas pengorbanan kau selama ini jadi roommate aku, selalu teman aku pergi mana-mana dan selepas ini tiada lagi ayat ‘nak makan apa? Nak masak nasi tak? Pakai baju apa pergi kelas?’ aku minta maaf, aku halalkan semua.

“Allah singkatkan pertemuan kita, tak sempat nak konvo sama-sama,” tulisnya.

Yasmin turut berkongsi video assignment yang disunting oleh arwah itu, selain memaklumkan bahawa suara latar di dalam video tersebut adalah milik arwah.

Netizen turut sebak, minta simpan video assignment bersama arwah sebagai kenangan

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat video tersebut.

Kebanyakan netizen menitipkan doa buat Allahyarham Nur Dalila selain memberi kata-kata semangat buat Yasmin serta rakan-rakan arwah yang lain agar terus kuat menghadapi ujian ini.

Tidak kurang juga yang menyarankan mereka untuk menyimpan video assignment terakhir mereka itu bersama arwah sebagai kenang-kenangan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Source: