Didakwa Rogol, Cabul Anak Tiri Berusia 13 Tahun, Lelaki Positif Dadah Ditahan

3 Sep 2026 • 2:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Didakwa Rogol, Cabul Anak Tiri Berusia 13 Tahun, Lelaki Positif Dadah Ditahan

BESUT - Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan, selepas disyaki merogol dan melakukan serangan seksual terhadap anak tirinya yang berusia 13 tahun di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Salleh, berkata, suspek yang merupakan penduduk tempatan ditahan kira-kira jam 11.50 pagi Rabu di Kampung Raja, selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari sama.

Menurutnya, saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki terbabit positif methamphetamine.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Besut bagi mendapatkan perintah tahanan reman untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, suspek berdepan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali.

Sementara itu, sabitan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Md Sani menegaskan, polis memandang serius setiap laporan membabitkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dan akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh menyebabkan identiti mangsa terdedah.

“Kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan keselamatan, privasi dan kebajikan mangsa terpelihara selain mengelakkan proses siasatan terjejas,” katanya. - Getaran, 3 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved